Harapan MARYA Hanya Impian

Dah Tiba Masanya

Views
Assalamualaikum

Ni merupakan entri pertama aku dalam tahun 2013.  Kalau dulu aku rajin sikit nak menaip, tapi sekarang, tak tau la kenapa jari jemari aku ni rasa berat sangat nak menaip.  Bukan tak ada cerita yang menarik, tapi entah la.  Kadang-kadang aku lebih suka menaip luahan rasa hati aku dalam diari handphone aku je.  Maybe ada sesetengah benda yang aku rasa tak perlu aku nak kongsikan pada orang.

Hari ni  tiba-tiba rasa rajin pulak nak menaip.  Entah apa benda yang aku nak ceritakan pun aku tak sure lagi.  hahaha.

Ok, lagi 10 hari aku akan menamatkan zaman bujang.  Macam tak percaya pun ada jugak.  Bukan apa, rasa macam baru semalam habis SPM, tup-tup hari ni dah nak kahwin.  Hahaha.  Tapi, hakikat kejadiannya, umur baya-baya aku ni memang dah layak, dah wajib, dah mesti & dah segala-galanya kalau nak menjadi isteri orang.  Iya la kan, umur dah nak mencecah angka 30 la katakan.  Tapi, belum 30 lagi tau.  Baru 27.  Kira nak dekat la tu kan.  

*gambar time bertunang bln 6 tahun lepas*


Dulu zaman budak- budak, selalu sangat berazam & berangan-angan nak kahwin umur 23.  Tapi, angan-angan tinggal angan-angan aje la.  Sampai ke sudah tak kahwin-kahwin.  Hehe.  Bila dah menjangkau umur 27 ni, terasa pulak macam diri ni dah tua sangat.  Ada ke yang nak? Haha.  Alhamdulillah, ada jugak yang nak, walaupun yang nak tu lebih muda 4 tahun dari aku.  Ha, hebat tak hebat? Hahaha.

Jodoh ditangan tuhan.  Aku terima segalanya dengan hati terbuka.  Walaupun dia lebih muda dari aku, tapi aku tak pernah rasa yang dia macam budak-budak.  Sepanjang percintaan & dalam tempoh pertunangan kami, dia cukup matang & sangat bertanggungjawab.  Aku yakin dia dapat jaga aku seumur hidupku. InsyaAllah.

Mungkin Allah dah tetapkan yang tunang aku tu akan menggantikan & memikul tugas arwah abang untuk menjaga family aku.  Bukan la maksud aku dia akan menggantikan arwah abang aku 100%, tapi sekurang-kurangnya dia ada disisi kami sefamily saat kami benar-benar memerlukan arwah abang.  Terubat jugak la rindu mak & bapak dengan arwah abang kan.

Ok, berbalik pada cerita aku nak kahwin tadi kan, so far, alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.  Walaupun kadang-kadang ada la jugak benda-benda yang buat aku serabut, tapi, bagi aku, selagi benda tu dapat settle, tak perlu la nak serabutkan kepala otak.  Sentiasa fikir positif.  InsyaAllah, Allah akan memudahkan jalan.  

Barang-barang pun banyak dah dibeli.  Tinggal nak buat coklat untuk door gift, then nak cat bilik, hari tu dah cat, tapi cat pulak tak cukup.  So, terpaksa ditangguhkan ke hari lain.  Nak cat rumah kasi berseri-seri sikit. Haha.  Yang lain-lain rasanya ok dah kot.  Just baju je belum siap lagi.  Orang nak kahwin selalunya baju yang kena siap dulu kan.  Tapi, aku punya situation ni, lain sikit la.  Sepatutnya aku dah tempah baju tu awal, at least 2 bulan sebelum majlis.  Tapi, disebabkan aku busy sangat dengan kerja & benda-benda remeh temeh, tu yang buat aku tak ada masa nak pergi buat baju.  Plan nak buat memang dah ada.  Dah jumpa tukang jahit apa semua, tapi, selepas 2 3 bulan kemudian, baru la aku ada masa nak pergi sukat badan.  Tu pun diaorang yang pergi rumah.  Busy sangat ke aku ni?Dah macam busy ketua kampung la pulak.  haha 

Tapi, tukang jahit aku tu cakap, confirm baju tu akan siap.  Walau macam mana cara sekalipun.  Iya la kan, aku dah bayar mahal-mahal, nak tak nak, tak kira aku tempah last minute sekalipun, dia kena siapkan jugak.  Kalau tak mampu nak siapkan, dia kena cakap awal-awal.  So, aku serahkan aje la pada yang pakar.  Lagipun, baju yang aku nak tu, tak da la complicated sangat designnya.  Simple je pun.  Aku yakin tukang jahit aku tu mampu membuatnya dengan baik, cantik & menarik.  haha.  

Aku pun dah penat menaip, so, aku nak rehat, nak makan & nak pergi ambik duit BR1M.  hehe.  Esok lusa kalau aku rajin, ada la aku menaip & berceloteh lagi.  

Bye-bye.  :)

100 Hari

Views
Assalamualaikum

Pejam celik, pejam celik, tak sangka yang 100 hari dah arwah abang pergi.  Cepat sangat masa berlalu.  Tapi, kerinduanku pada arwah tak pernah pun pudar.  Hari demi hari aku asyik teringatkan arwah.  Kadang-kadang terasa macam dia masih ada di sekelilingku.  Bila teringatkan arwah, aku jadi sedih.  Rasa hidupku benar-benar kosong sekarang ni.  

Sempena tahun baru 2013 yang akan datang tak lama lagi, aku berharap sangat-sangat, semoga diberikan cedikit cahaya untuk aku terus melangkah dan melalui liku-liku kehidupan yang bakal aku hadapi di hari-hari mendatang.  Walaupun arwah abang dah pergi, tapi kenangan dan semangat arwah tetap ada bersama aku.  Biarlah orang kata aku hidup dalam kenangan.  Aku tak kisah.  Yang penting aku tetap ingatkan arwah abang aku sampai bila-bila.  Aku yakin satu hari nanti kami sekeluarga pasti akan bersatu kembali.





Kelas Makeup

Views
Assalmualaikum..

Minggu lepas, 2hb December, aku dan 2 orang bff aku join kelas makeup.  Seronok sangat.  Pengalaman barulah katakan. Hehe.  Kakak yang ajarkan makeup tu, memang aku dah lama kenal.  Dialah yang makeupkan aku masa hari tunang aku dulu.  Kakak tu ajar best sangat.  Walaupun aku ni memang tak berapa pandai nak makeup dan banyak sangat soal, tapi dia tetap sabar layan karenah aku..hehe

Ni muka natural sebelum makeup...


tadaa...nilah hasilnya....






Harap2 lepas ni, bolehlah aku makeup muka sendiri kalau nak pergi dinner atau pergi kenduri.  Selalunya suruh orang yang makeupkan.  Kalau nak harapkan tangan sendiri yang makeup, hmmm, memang tak taulah macam mana hasilnya. hahaha.  Tapi, hari tu first time jugaklah aku makeup sendiri dengan jayanya, walaupun kakak ada tolong betulkan mana yang tak betul. hehe










Allah Takkan Menjadikan Sesuatu Tanpa Sebab

Views
Assalamualaikum
 
 
Allah takkan menjadikan sesuatu tanpa sebab.  Allah tarik arwah abang kembali ke pangkuanNya juga bersebab.  Kadang-kadang aku terfikir, kenapa hidup aku jadi begini?Kenapa serumit ini?Tapi, sedarlah, bahawasanya setiap benda yang terjadi dalam hidup kita, Allah dah rancang semuanya sejak azali.  Cuma kita yang tak tau.  Kalau kita tau semua tu, tak kan ada manusia yang lalai dalam kehidupannya.  Semua orang akan berlumba-lumba untuk menambah amalan untuk dibawa ke akhirat kelak.  
 
Tapi, sesungguhnya Allah itu maha mengetahui.  Dia rahsiakan semua tu dari umatNya, supaya Dia dapat menilai siapa sebenarnya umatNya yang sentiasa mengingatiNya.  Dunia ni hanya sementara.  Apa yang kita ada di dunia ni, tak akan kekal.  Takkan dapat kita bawa ke akhirat, kecuali amalan yang telah kita lakukan.
 
 
 
Aku bersyukur kepada Allah, kerana Dia telah menurunkan ujian yang amat berat buat aku, walaupun pada hakikatnya, jauh disudut hati kecilku, aku sukar untuk menerima semua ni.  Aku sama seperti manusia biasa, yang kadang-kadang agak lalai dalam kehidupan & tak pernah tau nak bersyukur.  Bila Allah turunkan ujian, baru aku tau erti syukur.  Bersyukur kerana Allah pinjamkan abang selama 26 tahun untuk aku.  Bersyukur kerana ujian Allah inilah yang telah menyedarkan aku dari mimpi yang panjang. Aku sedar, Allah memilih aku untuk menerima ujian yang berat ini, kerana Allah yakin aku mampu mengalasnya.
 
Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah, Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka.
 
 



40 Hari Arwah Abang

Views
Assalamualaikum

Hari raya haji lepas, (26 Oct 2012), genap 40 hari arwah abang meninggalkan kami.  Kami ada buat majlis tahlil untuk arwah abang hari tu.  Jemput pun tak ramai sangat.  Makan ala kadar aje kan.  Pagi raya tu, aku, mak & bapak solat subuh sama2, lepas tu bapak takbir raya.  Sayu sangat suara bapak.  Aku tak tahan sangat masa tu.  Terbayang2 wajah arwah abang.  Terasa sangat kesedihan di pagi raya tu.   Aku tau mak & bapak pun sedih jugak.

Masa solat di masjid pun masih jugak terasa kesedihan.  Balik dari masjid, kami tak sempat nak ke kubur abang sebab mak & bapak nak pergi pasar, beli ayam untuk majlis tahlil petang tu.  So, tinggallah aku sorang-sorang di rumah.  Bertambah-tambahlah rasa kesedihan.  Melihat setiap sudut ruang rumahku, membuatkan aku terkenangkan arwah abang.

Then aku buat-buat busykan diri supaya aku tak terkenangkan abang sangat.  Dalam sejam kemudian, mak & bapak pun sampai.  Saudara mara pun ramai yang dah datang masa tu.  Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.  

Semalam pulak, lepas balik kerja, tiba-tiba pulak aku tunjuk gambar raya aidilfitri lepas kat mak & bapak.   Bila bapak tengok gambar kami & arwah abang, dia jadi sedih.  Dia kata, tak sangka sangat arwah meninggalkan kami semua seawal ni.  Lepas tu bapak nangis teresak-esak.  Aku pulak bila dah tengok bapak nangis, aku pun jadi sedih jugak.  Kesian bapak.  Mak pulak, macam biasa, seorang wanita & ibu yang sangat kuat & tabah.  Tapi bapak nangis tak lama.  Lepas nangis tu, dia nampak tenang sikit. 

Petang ni pulak, mak & bapak pergi Sibu.  Esok sepupu aku nikah & hari ahad bersanding.  Aku pergi lepas balik kerja esok.  Teringat pulak kata-kata arwah dulu, kalau dia masih kurus masa nak pergi Sibu, dia tak nak pergi.  Dan sekarang memang dia tak boleh nak pergi pun.  hmmm.

Semoga arwah abang sentiasa tenang di alam sana & aku tak pernah putus- putus mendoakan arwah.   Semoga satu masa nanti aku dapat jumpa dia lagi.  

Kenangan Terindah

Views
Assalamualaikum


Tiba-tiba terjumpa gambar lama ni.  Gambar time aku convo kat PWTC tahun 2009.  3 tahun dah berlalu.  Tapi, rasa macam baru semalam gambar ni di ambil.  Time ni jugak, kali terakhir kami sekeluarga cuti bersama.  Kebetulan arwah abang masih study kat Aswara lagi time ni.

Sekarang, semua dah tinggal kenangan.  Kenangan terindah yang tak kan dapat aku lupakan sampai bila-bila.


Masih Lagi Aku Terasa....

Views
Assalamualaikum

Semalam, bila aku sampai di rumah, aku dengar sayup-sayup suara bapak membaca yasin.  Suara dia sayu sangat & ada sikit getaran.  Aku tau dia sedih.  Dia masih teringatkan arwah abang sampai ke hari ni.  Bukan bermakna dia tak dapat terima kenyataan, tapi, aku cukup faham apa yang bapak rasa.   Aku jugak macam bapak.  Perasaan sedih, rindu, semua ada.   



Bapak selalu cakap, arwah abanglah satu-satunya harapan dia.   Selama ni pun, arwah yang banyak tolong kami sekeluarga.   Arwah memang abang yang baik.  Tersangat baik pada keluarga.  Kadang-kadang dia lebih pentingkan keperluan keluarga dari diri dia sendiri.  Aku sebagai adik dia pun, dia tatang bagai minyak yang penuh.   Apa yang aku nak, apa yang aku mintak, tak pernah pun dia hampakan.  Sedaya upaya jugak akan dia tunaikan permintaan aku.



Sekarang bila abang dah tak ada, aku rasa macam sebelah sayapku patah.   Aku kesian tengok bapak.  Even dia tak rapat dengan arwah selama ni, tapi dialah orang yang cukup terasa dengan pemergian arwah.  Aku tau bapak sayang sangat kat arwah even dia tak pernah nak tunjukkan kasih sayang dia.  Benarlah kata orang, orang lelaki ni, memang susah nak tunjukkan kasih sayang.



Bila duduk sorang-sorang, bapak selalu belek-belek hanfon dia, tengok video arwah time arwah hantar bapak kat KLIA.  Time tu bapak nak pergi haji & arwah masih lagi study kat KL.  Itulah satu-satunya video kenangan bapak & arwah.   

Aku sedih tengok bapak sedih.  Aku nak tengok bapak happy macam dulu-dulu.  Tapi, sebagai bapak, memang dia cukup terasa dengan pemergian anak dia.  Satu-satunya harapan dia.  Maybe dia perlukan masa untuk tenangkan hati dia.  Memang selama ni aku tak pernah tengok bapak sedih.  Tapi, kali ni, memang bapak tak dapat nak sembunyikan kesedihan dia.  

Mak pulak, seorang wanita yang cukup kuat.   Dia tabah menghadapi setiap dugaan yang Allah berikan.   Tapi, disebalik ketabahan dia, hanya dia & Allah saja tau bagaimana sebenarnya perasaan dia setelah kehilangan anak yang dia sayang.   


Akulah satu-satunya adik arwah & sehingga ke hari ni wajah, senyuman, gelak ketawa & gurau senda arwah abang masih lagi aku terasa. 

Memang kami sekeluarga terasa dengan pemergian arwah abang.  Tapi, aku tau, Allah telah memberikan yang terbaik untuk kami.  Hanya Dia tau kenapa ni semua terjadi.  Dan aku yakin, akan ada sesuatu yang lebih indah selepas ini, andai kami sekeluarga tabah & redha dengan pemergian abang.

Ya Allah, setiap saat aku berdoa, semoga arwah abangku tenang disana.  Kau ringankanlah beban seksaannya & tempatkanlah dia dikalangan orang-orang yang beriman.   Amin.