Harapan MARYA Hanya Impian

Kampung Ku Yang Indah

Views

Secantik mana pun permandangan, sedamai mana pun suasana kat tempat orang, aku yakin, semua setuju kalo aku cakap, cantik lagi permandangan & damai lagi suasana kat tempat sendiri, kan?Contoh macam kita dah bertahun2 tinggal kat negeri orang, sikit sebanyak, kita pasti akan rindukan negeri kita sendiri..Macam aku, even dah bertahun2 tinggal kat Kuching, tapi aku tetap rindukan Bintulu..Aku rindukan suasana kampung, rindu family, rindu kawan2...

ni la kampung aku

Dulu Kampung Jepak merupakan sebuah perkampung nelayan..Kebanyakan penduduk di Kampung Jepak ni bekerja sebagai nelayan untuk menyara kehidupan seharian mereka. Tapi, sekarang ni, disebabkan ramai anak2 kampung yang dah sekolah tinggi2 & berhijrah ke tempat lain, so pekerjaan nelayan ni kurang diminati. Yang masih setia hanyalah warga2 tua yang kesepian ditinggalkan anak2 @ pun sekadar untuk mengisi waktu2 terluang. 


Hasil tangkapan tu nanti, para nelayan akan jual kat wharf penambang. Fresh2 lagi tu. So, kalo penduduk kampung nak beli ikan fresh, kat sini la tempatnya.  Harga pun lebih murah berbanding di pasar ikan.  Tengok la kat gambar tu, ramai sangat orang2 kampung pergi tengok2 ikan.  Kadang2 sekejap aje dah habis.  Sampai ramai yang x sempat nak beli.

perahu tambang

feri

Kampung Jepak & bandar Bintulu dipisahkan dengan sungai yang agak panjang jugak la.  Untuk menyeberang ke bandar, kitorang terpksa naik pengangkutan air seperti perahu tambang @ pun feri.  Feri dikhaskan untuk motorsikal je. So, sapa2 yang x pandai berenang tu, anda dinasihatkan belajar berenang dulu sebelum anda bercita2 nak pergi ke kampung aku tu, coz pengankutan air je satu2nya jalan untuk ke kampung aku. Ok, aku tipu. Hahaha.  Sebenarnya, selain jalan air, jalan darat pun ada jugak.  Tapi agak jauh la sikit dari jalan air.  Kalo jalan air, sepuluh minit macam tu pun dah sampai ke pasar.  Kalo guna jalan darat, 40 minit baru sampai.  

Aku suka suasana kampung aku.  Penduduknya pun mesra2 alam semuanya. Tapi, masih ada segelintir masyarakat dari tempat2 lain yang memandang negatif kampung aku ni.  Coz zaman dulu2, kampung aku ni terkenal dengan kegiatan2 yang x berapa nak elok la sikit. Macam mengamalkan sihir & yang seangkatan dengannya.  Maklum la zaman tu dulu ramai penduduk yang masih kolot & jahil dalam agama.  Tapi sekarang ni, kampung aku dah 100% bersih dari semua benda 2tu.  Kalo x percaya, bole la datang ke kampung aku ni ye..:)






No comments: