Harapan MARYA Hanya Impian

Subhanallah

Views




"Terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yg lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang di api neraka yg amat dahsyat"

Subhanallah...Terasa insaf tatkala membaca kisah pelakon yatt kat atas ni kan?Bertapa hebatnya kuasa Allah....Mungkin disebalik tu, hanya Allah & Yatt saja yang tau kisah yang tersirat disebalik kejadian tu....Paling yang membuatkan aku takut, bila dia kata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang di api neraka yang amat dahsyat...Ya Allah...Selama ni aku x pernah kisah pasal aurat...Aku sentiasa dedahkan aurat aku untuk tatapan lelaki yang bukan muhrimku.....Aku tau aurat wanita islam sepatutnya dijaga dengan rapi, tapi kenapa aku seperti menidakkannya??Hmm..Bertapa jahilnya aku ya Allah..

Dulu aku rasa bangga bila ada yang memuji2 bertapa cantiknya rambut aku..Siap kaler2 lagi tu...Merahlah, coklatlah..Sedangkan aku tau yang mewarnakan rambut tu haram bagi wanita islam..Aku tau semua tu coz zaman sekolah dulu aku minat sangat pendidikan islam & aku merupakan ahli persatuan puteri islam malaysia....Segala hukum hakam tentang islam, semua aku tau, tapi sebagai manusia yang x pernah lari dari melakukan kesilapan, aku akui aku agak lalai dalam kehidupan aku selama ni...Terlampau hanyut dengan keseronokkan dunia sehingga lupa dengan sang pencipta...Lupa adanya hari perhitungan & setiap perbuatan kita dimuka bumi ni akan dihisab...

Semoga Allah memberi aku peluang untuk bertaubat & mengampunkan segala dosa2 yang telah aku lakukan selama ni..Amin..