Harapan MARYA Hanya Impian

Bersyukur la dengan setiap apa yang kita ada

Views


Drama baru kat tv3, Bukan Bidadari, setiap malam selasa memang bez giler.  Mengisahkan tentang Inas, seorang gadis kaya yang manja & sombong akhirnya terpaksa hidup dalam keadaan yang tunggang langgang  setelah kematian bapanya.  Bapanya pergi tanpa meninggalkan sebarang harta & mereka juga terpaksa menanggung hutang.  Tanpa arah tujuan, mereka pun pulang ke kampung & tinggal bersama mak saudara Inas.  Sejak tu, bermula la hidup Inas & ibunya di kampung.  Tapi Inas sentiasa menyalahkan takdir. Dia x dapat menerima hakikat yang hidup dia akan jadi susah macam tu.




Melihat watak Inas yang x pernah tau nak bersyukur tu, membuatkan aku terkenangkan diri aku yang dulu.  Dulu aku seorang yang sangat2 boros & x pernah tau nak bersyukur dengan apa yang aku ada. Dari zaman sekolah lagi dah aku macam tu.  Bila aku nakkan sesuatu, aku akan pastikan aku akan dapat benda tu walaupun terpaksa bergadoh dengan mak. Bila aku x dapat, aku akan memberontak, akan mengamok kat rumah.  Kadang2 barang yang masih baru, tapi bila aku rasa dah x sesuai @ x cantik aku pakai, aku akan mintak mak belikan yang baru.  Beg, kasut, baju, hanfon, semua nak tukar baru tiap2 bulan.  Time tu bapak masih kerja.  So, senang sikit la kalo nak bodek2 suruh beli barang.  Lagipun aku ni kan anak bongsu.  Cakap aje nak apa, confirm dapat.  Tu pun aku masih x tau nak bersyukur lagi.

Sehingga la bapak dah x kerja.  Hidup aku pun jadi x menentu.  Nak mintak macam2 pun susah.  Aku tau, semua ni dugaan buat aku.  Dugaan & ujian supaya aku sedar yang x kan selamanya aku dapat hidup mewah macam tu.  Akhirnya aku terpaksa cari kerja. Sekarang ni baru la aku sedar, bukan senang sebenarnya nak cari duit.  Terlalu susah.  Kadang2, bila sorang2 aku menangis mengenangkan nasib diri.  Kenapa aku x boleh hidup macam dulu?  Kenapa aku perlu menghadapi semua ni sedangkan aku masih terlalu mentah untuk menghadapinya?  Tapi, cepat2 aku beristigfar.  Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya.  

Sekarang ni, baru aku tau apa itu syukur.  Bila aku dapat makan yang sedap2, aku akan bersyukur.  Bila aku dapat barang yang cantik2, aku akan bersyukur.  Bila aku dapat rezeki lebih, aku akan bersyukur.  Sebenarnya, kita akan berasa begitu indah bila kita bersyukur.  Syukur alhamdulillah.


No comments: