Harapan MARYA Hanya Impian

Fixie Pink

Views


Balik dari kerja semalam, si dia kata dia ada belikan fixie untuk aku.  Wahhh, seronoknya.  Sebelum ni aku selalu berangan2 nak ada fixie.  Si dia dah ada dah kaler purple.  Tu yang jeles sangat.  Lagi pun sekarang ni tengah musim budak2 main fixie.  Walaupun aku ni kurang budak2 dah, haha, tapi rasanya x salah kalo kita nak join kan.  Benda yang bagus & sihat.  Bukannya aku join hisap dadah pun.

Lepas mandi & makan, si dia pun bawak aku pergi rumah dia.  Kaler pink la fixie aku tu.  Hehe.  Suka sangat2.

*Fixie pink & purple*

Dalam aku bergembira dapat fixie baru tu, tiba2 pulak aku terfikir.  Masih ingat ke aku cara nak kayuh basikal ni?  Rasanya last aku kayuh basikal, time sekolah rendah dulu.  14 tahun yang lampau.  Tu pun aku main sembunyi2, takut bapak tau.  Bapak x suka kalo aku main basikal kat jalan raya.  Dia selalu kata kereta banyak, takut kena langgar.  So, aku ni sebagai anak yang baik, chewahh, ikutkan aje la cakap bapak.  Tapi, kalo time bapak x da kat rumah, memang aku main jugak basikal tu.  hahaha

Dah puas aku fikir, last2 aku rasa aku patut cuba.  Kata orang, belum cuba belum tau kan.  So, aku dengan confidentnya, terus naik atas fixie & start berkayuh.  Baru aje keluar dari rumah si dia, terus aku kayuh straight aje sampai nak masuk ke longkang.  Mengelabah diorang semua.  haha.

Biasa la kan, lama dah x naik basikal.  Then aku cuba jugak la kayuh slow2.  Bila dah nak dekat simpang masuk ke area rumah aku, aku x tau macam mana nak belok.  Kat belakang ada sebuah van & kat sebelah kiri ada kereta.  Aku jadi panic la kan.  Si dia pulak dah pecut ke depan.  Tinggal la aku terkontang kanting mencari arah tujuan.  Last2, aku redah aje la.  Sekali lagi aku melencong ke longkang.  hahaha.  Tapi nasib baik la x jatuh dalam longkang.  Cepat2 aku turun dari fixie.  Si dia pulak bukannya nak tolong.  Tolong gelakkan lagi ada.  Hahaha

Dah habis halangan kat jalan raya, halangan kat jalan titi menuju ke rumah aku pulak.  Jalan tu dah la sempit, gelap pulak tu.  Aku pun tawakal aje la.  Baru aje nak berkayuh, tiba2 aku x dapat nak balancekan badan.  Nasib baik kat tepi2 tu ada macam pagar la, so dapat la aku berpaut kat tepi pagar tu.  Haha

Lama jugak la aku nak balancekan badan aku kat jalan titi tu.  Maybe otak aku ni dah set, jalan tu sempit & gelap, so aku rasa fixie aku x muat, tu yang buatkan aku x dapat nak balancekan badan.  Banyak kali jugak la aku nak terjatuh.  Si dia kata, x payah la kayuh kalo x dapat.  Aku kata, x apa, aku nak try jugak.  Kalo x cuba, sampai bila nak dapat kan.  Tapi, last2, aku pun dah letih.  Asyik nak jatuh2 aje.  Aku pun sorong aje la fixie aku tu sampai ke rumah. haha

Bila terkenang2 balik apa yang dah jadi, aku rasa lawak sangat.  Nasib baik la tengah malam, xda la orang perasan aku nak terbabas ke longkang. haha.  

Hari ni aku & si dia nak practice lagi.  Lama2 nanti mesti ok kan.  

No comments: