Harapan MARYA Hanya Impian

Minat tapi malu

Views



Memang dari kecik lagi aku minat menyanyi...Teringat aku time umo aku dalam 4 ke 5 tahun, aku dah bole hafal lagu oh ibu nyanyi mamat exist..Aku akan nyanyi lagu tu x kira masa....Kiranya lagu tu antara lagu febret aku la konon2nya...hehe....Then nak dijadikan cerita, time kitorang pergi rumah nenek, mak cakap la kat nenek yang aku pandai nyanyi...Makcik aku pun suruh aku nyanyi sambil dia rakam guna kaset...Beria2 betul aku menyanyi..Sampai nak nangis pulak diorang semua dengar...haha

*Penyanyi cilik - Cleopatra Stratan*

Bila dah masuk sekolah rendah, aku masih lagi minat menyanyi, tapi aku malu sangat2 nak menyanyi depan orang...Bila ada majis dinner tempat keja bapak, aku ada jugak ikut karaoke...Tapi, aku masih malu2..Susah sangat rasanya nak menyanyi depan orang ramai..haha

*Sumber dari google - lebih kurang macam ni la time aku nasyid dulu*

Masuk sekolah menengah pulak, aku ada ikut nasyid time form 1 @ 2...Form 3, aku jadi solo untuk persembahan nasyid persatuan puteri islam..X tau pulak kenapa makcik yang ajar kitorang nasyid tu tiba2 suruh aku jadi solo..Sedangkan aku x pernah pulak nyanyi depan dia..haha...Time persembahan tu, memang aku takut sangat2 nak menyanyi depan orang ramai..Kat dalam dewan pulak tu..Nasib baik jugak time tu semua perempuan...hehe

Time kat kolej lagi best..Aku & kawan serumah aku, Emma plan nak join pertandingan karaoke kat kolej...So, aku pun pergi la beli disc ziana zain...Konon2 nak bawak lagu korban kasih...Then bila hari nak dekat, aku pulak jadi bertambah takut...Lirik pun belum hafal, baju pun x ready lagi, so last2 minit, aku cakap kat kawan aku tu, aku x jadi nak join..haha

Ada satu lagi pertandinagan nyanyian yang aku pernah nak join,  kat dewan apa entah, aku pun dah lupa...Sampai2 aje kat sana, aku tengok, ramainya orang...Ingatkan x ramai....Rasa kecut perut jugak la..Dalam hati, memang x da harapan la nampak gayanya ni...Tapi, dah aku terlanjur ada kat sana, ambik aje la nombor giliran...Bila dah malam pertandingan tu, aku rasa x nak pulak pergi..So aku buat2 lupa aje la..haha...Sampaikan diorang call, tanya kenapa aku x datang...Aku cakap la aku tarik diri coz ada hal yang x dapat di elakkan...haha...Bijak2...

Mak selalu tanya, kenapa aku takut sangat nak ikut pertandingan karaoke sedangkan ramai yang cakap suara aku ok..(ye ke ok?ke nak ambik hati je?haha)Sebenarnya, aku xda keyakinan diri & selalu sangat rasa yang aku x bole buat.....Kadang2 aku cuba jugak beranikan diri, tapi aku x dapat...

Baru2 ni, aku dah berjaya memberanikan diri untuk join pertandingan karaoke sempena perkahwinan abang kawan aku..Even aku x dapat sebarang nombor, tapi alhamdulillah aku berjaya jugak menyanyi depan orang ramai...Bangga jugak la aku dengan diri aku ni....

Harap2 lepas ni aku berani untuk mengetengahkan bakat yang aku ada ni..chewahhh..hehe

*rasa2nya cik adik manis ni bole jadi penyanyi x satu hari nanti?hehe*





No comments: