Harapan MARYA Hanya Impian

Berbuka Puasa Ramai2

Views
Assalamualaikum

Hari khamis lepas, aku berbuka puasa kat rumah tunang aku coz hari tu harijadi kakak sulung dia, Kak Daimah.  Kakak jemput dorang adik beradik termasuk aku.  Tapi kitorang x da la celebrate macam selalu.  Just makan biasa2 aje.  

*Menu yang simple untuk berbuka*

*Apam polkadot yang x menjadi polkadotnya.*

Kakak x nak order kek.  Dia buat apam polkadot untuk mengantikan kek.  Imuk belikan pizza.  Abang Man & Kak Ita pulak belikan roti canai & kuih apam balik.  Mee & kentang kakak yang buat.  Air pulak ada macam2 jenis.  Ada air teh, kopi, soya, F&N & 100 plus.

Seronok sangat rasanya dapat buka puasa ramai2 macam tu.  1st time jugak la aku merasa semua tu.  Selalunya buka puasa 4 orang je.  Xpun 5 @ 6 orang kalo cousin2 aku datang buka puasa kat rumah.  Tapi hari tu lain sikit rasanya.  Seronok sangat2.  Perut lapar pun jadi kenyang.  hehe.  

Lepas dah makan & kemas apa semua, budak2 pun beria2 suruh abang tunang aku belikan dorang bunga api.  Bila dah dapat, riuh rendah la jadinya kat luar rumah.  Dorang sibuk suruh aku main sama, "Ucu, ucu, jum la main sama"  Tapi, terus terang cakap la, aku sebenarnya fobia sangat2 dengan bunga api.  Bukan apa, dulu time zaman budak2, aku & abang main bunga api kat beranda rumah.  Then bila bunga api tu dah nak habis, aku jadi takut.  Aku ingatkan bunga api tu akan terbakar sampai ke hujung.  So, aku jadi panic la kan.  Cepat2 aku campakkan bunga api tu.  Tau2 aje la kalo rumah kayu, bila dah kena api, cepat la merebaknya.  Nasib baik jugak arwah nenek ada kat situ.  Cepat2 dia padamkan api.  Tapi kesan terbakar tu memang nampak.  Bila bapak balik kerja, dia tengok kesan terbakar tu, terus aku & abang kena marah kaw2 punya.  Sejak hari tu la aku jadi fobia sangat dengan bunga api.  Kalo tengok budak2 main pun, memang aku dok jauh2. haha

Tapi bila tengok budak2 main, seronok jugak sebenarnya.  Budak2 la katakan, bila dah dapat, seronoknya bukan main lagi.  Kalo la kita dapat jadi budak2 sampai bila2, kan seronok.  X payah susah2 nak pikir benda2 yang rumit macam sekarang ni kan.  




No comments: