Harapan MARYA Hanya Impian

Dugaan Ramadhan

Views



Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke tiga kita menyambut bulan ramadhan.  Ramadhan kali ni aku rasa sangat mencabar & membuatkan aku mengenal erti syukur. 

Entry aku yang lepas, aku ada cerita tentang kisah abang.  Abang yang sekarang ni sedang menderita melawan penyakit.  Dia dah x dapat nak kerja macam dulu lagi.  So, segala tanggungjawab mencari nafkah untuk family, 100% aku yang pikul.  Memang terlampau berat memandangkan gaji aku sekarang ni pun cukup2 makan je.  Tapi, bila mengenangkan bulan ramadhan, aku sedaya upaya untuk menyediakan juadah yang enak2 untuk family aku.

Tapi, aku bersyukur sangat2 coz aku x keseorangan menghadapi semua dugaan ni.  Si dia sentiasa ada disisi aku & dia memberikan bantuan setiap kali aku memerlukannya. Alhamdulillah.

Sempena bulan ramdhan ni jugak, aku ada buat bisnes kecil-kecilan buat coklat homemade.  Aku jual kat facebook & setakat ni sambutannya belum meriah sangat, maklum la, baru lagi kan.  Kawan2 terdekat aje yang beli.  Walaupun sambutannya belum seberapa lagi, tapi aku tetap akan usaha jugak.  At least dapat jugak belanja untuk beli juadah berbuka.  Aku pun dah bagitau makcik aku, yang aku nak tumpangkan coklat aku kat gerai dia di bazaar ramadhan sing kwong.  Aku yakin, jika kita berusaha, Allah pasti akan membantu. 






No comments: