Harapan MARYA Hanya Impian

Keluarga Baru

Views
Assalamualaikum

Aku bersyukur sangat2 coz family tunang aku semuanya jenis yang sporting & happening macam aku jugak.  Mula2 kenal dulu memang aku takut2.  Mak, bapak, kakak & abang2 dia semuanya macam garang.  Muka pun serius aje.  Tapi bila dah kenal, alhamdulillah, semuanya ok.  

*Raya tahun 2009 @ 2010*





Diorang semua layan aku dengan baik even aku belum lagi jadi sebahagian dari family diorang.  Bapak dia jenis yang jarang bercakap, tapi dia tetap layan aku dengan baik.  Mak dia pulak jenis yang suka bercerita.  Kakak sulung dia pun sama jugak.  Aku suka sangat bercerita apa2 aje dengan kakak sulung dia.  Kakak dia yang ke 3 tu je yang x pernah aku jumpa lagi.  Dia tinggal kat Kuching & jarang balik kampung.  Just bertegur di facebook aje la.  Tunang aku cakap, kakak dia tu pun ok jugak.  InsyaAllah, kalo ada rezeki, nak jugak pergi jalan2 jumpa kakak dia tu kat Kuching.

*Abang Man, Kak Imah, Tunangku syg, Kak Noor*

Diorang mempunyai family yang besar.  Semua adik beradik dia dah kawen.  Dia aje belum.  Kak Imah ada 3 org anak, Abang Awie ada 7 orang anak, kak nor ada 3 orang anak, Abang Man ada 3 orang anak & Imuk ada 2 orang anak.

Aku pulak biasa hidup dalam suasana family yang sikit. Just mak, bapak & abang.  So, bila dah berkumpul ramai2 dengan family diorang, aku rasa pelik pulak.  Tapi dah lama2, rasa seronok & meriah dengan karenah anak2 abang2 & kakak dia.

Aku sayangkan diorang semua macam aku sayang mak, bapak & abang aku jugak.  Diorang dah jadi sebahagian dari hidup aku.  

*Nana, Mak, Bapak & Arif*





No comments: