Harapan MARYA Hanya Impian

Kolera

Views
Assalamualaikum

Semenjak 2 menjak ni, heboh sangat tentang kes kolera di bahagian Bintulu.  So, berhati2 la setiap kali membeli makanan @ minuman di bazaar2 ramadhan coz kita x tahu tahap kebersihan kat gerai tu.  Seelok2nya, kita buat sendiri kat rumah, lebih terjamin kebersihannya.  Mari kita baca serba sedikit info berkaitan kolera.
 

Wabak kolera berlaku bila terdapat satu atau lebih kes kolera dalam suatu lokaliti.  Wabak kolera tamat jika tiada kes baru dilaporkan dalam masa 2 tempoh inkubasi (iaitu 10 hari) daripada onset kes terakhir di lokaliti berkenaan.

Cara jangkitan utama adalah melalui air dan makanan yang tercemar.  Sumber jangkitan yang biasa:
  • Air minum yang tercemar.  Pencemaran mungkin berlaku pada sumber bekalan air, semasa dalam sistem agihan, semasa simpanan atau semasa penggunaan.
  • Makanan yang tercemar seperti 
  1. Makanan laut seperti kerang yang hidup dalam air yang tercemar dan tidak dimasak dengan sempurna
  2. Buah-buahan dan sayururan yang tercemar dan tidak dimasak dengan sempurna.
  3. Makanan yang tercemar semasa  penyedian dan semasa dihidangkan.
Elakkan daripada memakan makanan yang mentah.  Makanan perlulah dimasak dengan sempurna dan dimakan segera ketika masih panas.  Sekiranya makanan terpaksa disimpan, pastikan  ia disimpan pada suhu melebihi 60°C atau dibawah 10°C.  Makanan yang disimpan hendaklah dipanaskan semula secukupnya sebelum dimakan iaitu semua bahagian makanan perlu mencapai suhu 70°C.  Makanan untuk kanak-kanak perlu dimakan sebaik siap disediakan dan jangan disimpan.  

Kebersihan dapur dan perkakas memasak perlu dijaga.

Elakkan minum minuman berais yang mungkin tercemar.
 
      1.  


No comments: