Harapan MARYA Hanya Impian

Semoga Abang Cepat Sembuh

Views


Beberapa bulan yang lepas, aku perasan akan perubahan pada diri abang. Dari rambut, muka, badan, semua dah banyak berubah. Rambut dia banyak dah gugur & hampir2 botak. Badan pulak semakin kurus, muka cengkung. Mengalahkan aku yang kurus ni pulak dah. Tangan, kaki & muka dia macam luka2 & kulit mengelupas. Bila kitorang tanya kenapa dia jadi macam tu, dia jawab x cukup rehat. Maklum la time tu abang keja kat hotel shift malam. Tu yang buat dia kurang rht. So, kitorang pun buat2 x tau aje la. Tapi, hati aku kuat sangat rasa yang ada something wrong kat abang. 

*abang & arwah wa beberapa thn yg lepas*

Dalam awal bulan 5 tu, dia pergi KL. Sebulan lebih jugak la dia kat sana. Hari khamis tu dia balik Bintulu. Bila aku tengok dia, memang aku terkejut sangat. Dengan badan yang sangat2 kurus, rambut yang hampir botak & muka yang luka2. Rasa nak nangis tengok keadaan abang macam tu. Abang ada cerita kat aku. Time dia kat KL hari tu, ada sorang pakcik tegur muka dia. Lepas tu pakcik tu cakap, abang ada terkena buatan orang. Dia bagi air kat abang & suruh abang minum. Lepas aje abang minum, terus dia rasa semacam. 

Bila aku dah dengar cerita abang tu, aku bagitau kat mak. Suruh bawak abang pergi berubat. Kat kampung aku ni, ada sorang laki yang pandai ubat cara islam. Sepanjang hari tu, aku rasa x sedap hati. Asyik fikirkan abang aje. Memang dari segi kesihatan, dia ok. Xda pulak dia mengadu sakit2 badan @ sakit kepala. Selera makan dia pun macam biasa jugak. Tu yang buat kitorang x risau sangat.

Balik dari kerja semalam, tengok muka, tangan, kaki & kepala abang ada kuning2. Dia cakap, pakcik aku datang petang semalam nak ubatkan dia. Memang betul, pakcik aku cakap abang terkena buatan orang. Benda tu sikit2 akan memakan badan abang aku. Mula2 luaran & lama2 dia akan merebak ke dalam badan. 

Sedih sangat aku dengar berita tu. Tertanya2 jugak aku, sapa la yang sanggup buat abang macam tu?Sekarang ni kitorang semua tengah usaha nak ubatkan abang. InsyaAllah jika dengan izin Allah, abang pasti akan sembuh macam sedia kala. 

Aku sayang sangat2 kat abang & aku x nak dia sakit. 


2 comments:

HanaNabihah said...

Ya Allah. Ada lg ke org yg buat cmni zmn moden ni? sabar ye. ujian Allah. Doakan semoga abang cepat sembuh.

Chah Abbas said...

Kadang2 memang rasa x percaya jugak di zaman moden macam ni masih ada lagi orang nk buat benda2 macam tu, tapi selagi kita bernama manusia, yang masih punya keiinginan, x mustahil kalo orang yang x puas hati dengan kita akan buat semua tu...Tapi, kita nak percaya 100% pun susah jugak...Just berusaha & tawakal aje la...Sesungguhnya itu semua ujian Allah...HanaNabihah, terima ksh :)