Harapan MARYA Hanya Impian

Setiap Yang Bernyawa Pasti Akan Mati

Views
Assalamualaikum

Pagi ni tadi aku dikejutkan dengan satu berita yang menyedihkan.  Sorang kawan lama, sama temapt keja aku dulu dah pun kembali ke rahmatullah awal pagi tadi.  Dia terlibat dalam kemalangan jalan raya & kawan dia kata dia mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala. 

Memang rasa macam mimpi pulak bila dengar berita tu.  Even aku x rapat pun dengan dia, tapi kitorang pernah kerja kat tempat yang sama.  Lagipun dia tu kawan tunang aku.  Sama sekolah dulu.  Lepas aje aku dapat tau berita tu, cepat2 aku mesej tunang aku.  Dia pun terkejut jugak.  Sempat jugak aku pesan kat tunang aku, hati2 bawak moto.  Kadang2 tunang aku tu bawak moto agak laju jugak la.  Tu yang buat aku risau.

Dalam aku dok berfikir2 tu, tiba2 terkenang pulak macam mana first time dia pergi ofis, then tersenggih2 kat aku. Aku pun pelik la kan, tengok orang macam tu.  Ingatkan nak apa.  Rupa2nya datang nak mintak kerja.

Hmmm. Bila teringatkan tu semua, terasa jugak la kesedihan.  Selama aku kenal dia, dia memang sorang yang murah dengan senyuman.  Asal jumpa, memang dia senyum2 je.  X sangka sangat dia pergi meninggalkan semua orang di bulan yang mulia ni.  Kata orang siapa yang meninggal pada bulan ramadhan, akan terlepas dari siksa kubur.  Wallahualam.

Tapi ingatlah pada janji Allah, setiap yang bernyawa, pasti akan merasai mati.  Selagi kita masih bernyawa ni, hargai la setiap apa yang kita miliki & sayangi la orang yang ada di sekeliling kita.

*Al fatihah buat Al Aliff Shah Bin Abd Manap.  Semoga rohnya tenang di sana & ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.*


No comments: