Harapan MARYA Hanya Impian

Solat Tarawih Di Zaman Kanak2

Views
Assalamualaikum

Time zaman kanak2 dulu, aku & 3 orang kawan baik aku rajin sangat pergi solat tarawih.  Motifnya tu bukannya nak solat pun.  Nak bermain aje sebenarnya.  (jangan di amalkan ye anak2)  Lepas berbuka puasa di rumah, cepat2 siap nak pergi masjid.

*Ni la dia ketua samsengnya. haha.  Gus*

*Orang kanan. Eiyna*

*Ni pun orang kanan jugak. Deng*


Mula2 memang la semangat ikut orang solat, tapi lepas tu bila orang dah kusyuk solat, kitorang pun apa lagi, semua tanggalkan kain, terus bermain kat luar. hahaha.  Kadang2 tu, orang tengah solat kat depan, kitorang boleh pulak main kat belakang. 

Makcik2 yang solat pun naik hantu la tengok kitorang main2.  Bila dah kena marah, kitorang buat2 x tau je.  Lepas tu sambung balik main.  Sampaikan makcik2 tu pun dah x larat nak marah. Sepanjang ramadhan la kitorang berperangai macam tu.  Lansung x rasa bersalah.

Bila dah tua2 macam ni, baru la terasa sikit.  X sangka pulak aku, yang aku ni nakal jugak zaman kanak2 dulu.  hehe.  



No comments: