Harapan MARYA Hanya Impian

Buatan Orang

Views
Assalamualaikum

Seminggu 2 ni, aku tengok kesihatan abang makin merosot.  Selalu sangat dia demam2, pening kepala & badan dia pun makin kurus.  Puas dah berubat kat mana2.  Tapi, masih jugak macam tu.  Hampir ke semua orang yang ubatkan abang kata dia terkena buatan orang.  Wallahualam.  

Beberapa hari yang lepas, dia pengsan masa dia nak makan.  Dia kata dia sakit perut then tiba2 dia pengsan.  Sebelum ni abang tak pernah pengsan.  Dia bukan macam aku, sikit2 pengsan.  Tapi, bila dia pengsan hari tu, mak & bapak la orang yang paling risau.

Kesian sangat2 kat abang.  Aku pun tak tau nak buat macam mana lagi.  Setiap hari aku berdoa semoga dia cepat sembuh & kembali normal macam dulu2 lagi.  Aku rindukan abang aku yang dulu.  Sekarang ni abang hanya habiskan masa dia dengan baring & kadang2 duduk aje depan tv.  Nak berjalan jauh pun, dia masih tak kuat.  

2 malam yang lepas pun, dia terjatuh ke lantai, gara2 dia mengigau.  Mak pulak pergi tahan kaki dia bila tengok abang tiba2 bangun masa dia tengah tido then tiba2 menari.  Bila mak tahan kaki dia, dia meronta2.  Last2, dia jatuh ke lantai.  Aku yang kat tepi dia, x sempat nak sambut.  Bapak datang, & pelok abang.  Tapi abang tiba2 menjerit & meronta2.  Terus bapak laungkan azan & aku panggil nama dia, suruh dia sedar.  Tak lama lepas tu, dia sedar & kata kepala dia pening sangat.

Hmm.  Memang luluh rasa hati aku tengok keadaan abang macam tu.  Sepanjang malam tu, mak & bapak jaga abang.  Takut kejadian macam tu terjadi lagi.

Semalam ada orang tua datang ubatkan abang.  Dia tanya abang, ada tak mimpi benda yang pelik2.  Abang kata tak ada.  Just ada mengigau.  Orang tua tu kata, tu semua gangguan dari syaitan.  

Masa malam kejadian tu, ada ular hitam, mata dia merah, masuk rumah kitorang.  Aku yang jumpa masa aku cuci pinggan. Mula2 tu blur la kejap, tak tau nak buat apa.  Nasib baik aku cepat sedar & cepat2 panggilkan bapak.  Bila bapak nak panggilkan orang, ular tu pun hilang.  Sepanjang malam tu aku xdapat tido, terbayang2 mata merah ular tu merenung aku.  

Tiba2 pagi tu, masa subuh, mak kejutkan dan kata ular tu masih ada, dan sembunyi kat almari dapur.  Bila aku kata dengan kawan2, ramai jugak yang kata, hati2, ular hitam bahaya.  Takut2 kalo ular tu ada orang yang hantar untuk binasakan kita.  Aku tak tau nak kata apa.  Kalo percaya 100% pun susah, x percaya langsung pun susah jugak.  Apa yang aku mampu buat, berserah & bermohon perlindungan dari Allah, semoga kami sekeluarga dilindungi & dihindari syaitan @ apa2 jugak perbuatan2 khianat manusia.


No comments: