Harapan MARYA Hanya Impian

Kisah Raya Aku

Views
Assalamualaikum

Disebabkan aku tersangat la busy semenjak 2 menjak ni, so agak susah jugak la aku nak update blog, walaupun hati meronta2 sebenarnya nak share macam2 cerita yang menarik.  Banyak sangat yang menarik yang berlaku dalam hidup aku, tapi bila tangan dah mula menaip, jadi blur kejap, tak tau nak mula dari mana.  haha

Ok la, rasanya aku nak mulakan dengan kisah di hari raya dulu la.  Maklum la, kita pun masih lagi di bulan syawal kan.  Kalo dah berlalu bulan syawal, baru la bukak cerita baru, ye tak?

Raya aku tahun ni, sungguh berbeza dari raya tahun lepas2.  Tahun ni raya aku cukup bemakna walaupun aku sefamily menyambutnya dengan besederhana, memandangkan kesihatan abang yang tak mengizinkan, tapi, aku bersyukur & gembira, bila aku dapat berkumpul & memeriahkan lagi suasana di pagi raya bersama family encik tunang aku.  Pengalaman pertama yang tak pernah aku rasai sebelum ni.  

*Nenek, Bapak, Mak, Abang & aku*

*With kazen-Reni & Cmah*

Kalo sebelum ni, beraya berempat aje dengan mak, bapak & abang.  Bila pagi raya pergi rumah nenek, yang selalu ada cik & udak aje.  Adik beradik bapak yang lain jarang sangat berkumpul di pagi raya.  Kadang2 sedih jugak tengok nenek.  Dia dah tua, tapi anak2 macam tak pedulikan dia aje.  Aku tau, dalam hati nenek, mesti dia ternanti2 kan kedatangan anak2 dia di pagi syawal.  Tapi, semua busy dengan hal masing2 & hanya datang malam @ hari2 raya yang lain.

Dari riak wajah nenek dipagi raya tu, aku tau nenek banyak sangat memendam perasaan dengan karenah anak2.  Dia nangis bila kami yang ada pagi tu bersalaman & minta ampun dengan dia.  Memang aku sedih mengenangkan nasib nenek, tambah2 lagi datuk dah tak ada.  Dia sebatang kara walaupun anak2 dia ramai.  

Lepas balik dari rumah nenek, ingatkan nak pergi kubur nenek & datuk, tapi tak ada transport pulak.  So, aku & abang kena jaga rumah.  Bapak & mak aje yang pergi.

Tak lama lepas aku rilek2, encik tunang call.  Dia kata adik beradik dia dah berkumpul kat rumah, so dia nak ajak aku pergi rumah.  Mula2 tu, malu jugak la, walaupun aku dah biasa dengan family dia.  Ye la, aku ni belum jadi menantu lagi.  Tapi, dia paksa2 jugak, last2 aku iyekan aje la.  Takut pulak kalo dorang fikir aku tak sudi. 

Sampai2 aje kat rumah dia, terus dorang suruh aku salam & sempat lagi posing2.  Malu pun ada jugak.  Tapi, disebabkan family dia semuanya sporting & gila2, so aku ikutkan aje la. hehe

*Pose ala2 manja gitu*

*Bapak & Mak encik tunang*

*Family encik tunang*

*Adik beradik encik tunang*

Tahun ni kakak encik tunang, Kak Imah & Kak Nor beraya kat belah family laki dorang.  Tu yang agak sunyi jugak la dorang raya tahun ni.  Maybe tahun depan, semua berkumpul kat Bintulu.

*Kawan2*

Raya ke 2 pulak, jalan2 dengan kawan2 lama.  Best sangat2.  Entah2 tahun depan aku dah tak dapat join dorang lagi kan, mana la tau aku dah jadi bini orang. Mana boleh berlagak macam orang dara lagi kan?hehe. Tapi, kawan aku Narizam join kitorang tahun ni, setelah hampir 3 tahun jugak la dia tak join coz dia dah kahwin & ada anak sorang.  Tahun ni anak dia dah besar sikit & senang sikit nak bawak jalan raya. 

Raya ke 3 pulak, aku dah disuruh turun kerja.  huhu.  Memang sedih sangat2.  Tak puas lagi rasanya beraya, dah disuruh turun kerja.  Aku ada apply cuti seminggu, tapi tak diluluskan.  Frust la jugak.  Tapi, apa boleh buat.  Boss kata, office tak ada orang jaga.  Semua orang cuti & aku pulak jadi mangsa tukang jaga office.  Ok, fine.  Aku pasrah.  

Apa2 pun, raya tahun ni memang best.  

No comments: