Harapan MARYA Hanya Impian

Penderitaan Itu Menyeksakan

Views
Assalamulaikum

Hari sabtu lepas, bapak bawa seorang pakcik datang ke rumah untuk ubatkan abang.  Nama dia pakcik Idel.  Dia memang pandai ubatkan orang cara islam.  Dah ramai orang berubat dengan dia. Bukan setakat di Sarawak aje, sampai ke semenanjung pun dia pernah ubatkan.  

Raya 2009...Masa ni abang sihat & gemuk

Raya 2012...Abang dah sakit & kurus sangat


Cara dia ubatkan sangat2 simple.  Dia gunakan pen & golek2kan pen tu kat jari2 tangan & kaki abang.  Tapi, bila pen tu menyentuh aje jari jemari abang, terus abang meraung & menangis sampai muka dia pucat sangat.  Aku yang duduk kat tepi pun ikut nangis jugak.  Aku sedih sangat tengok abang macam tu.  Even aku tak merasa kesakitan yang dia rasa tu, tapi dari tangisan & raut wajah dia, dah dapat mengambarkan segala kesakitan tu.  

Masa Pakcik Idel sentuh belakang badan dia, & bacakan yasin & beberapa ayat al-Quran, abang kata, panas sangat telapak tangan pakcik tu.

Pakcik Idel bagitau, dia bagi tempoh seminggu untuk tengok kesan & tindak balas dari rawatan dia tu.  Kalo dalam tempoh seminggu tu dah ada tanda2 nak sembuh, dia akan teruskan rawatan yang seterusnya.  Tapi, kalo tak ada perubahan @ keadaan abang makin teruk, dia tak dapat nak buat apa2 coz bukan bahagian perubatan dia.

Pakcik Idel pun ada jugak bagitau, memang ada seseorang yang hantar benda kat abang.  Perempuan.  Kitorang memang dah agak & memang tau siapa.  Tapi, biarlah Allah yang membalas semuanya andai kami tak punya kudrat untuk membalasnya.

Malam lepas Pakcik Idel ubatkan abang, abang dah mula bertenaga sikit.  Dia dah boleh duduk depan tv & bercakap dengan mak & bapak.  Selera makan dia pun dah makin bertamabah.  Alhamdulillah.

Tapi, keesokkan harinya pulak, abang kembali lemah macam hari2 sebelumnya.  Malam semalam pulak, sekali lagi dia nak pengsan masa nak pergi tandas.  Masa tu bapak tak ada kat rumah.  Dia pergi kedai.  Aku pulak tengah masak.  Mak la yang bawak abang pergi tandas.  Belum sampai tandas, abang dah mengadu pandangan dia gelap & badan dia lembik macam nak jatuh.  Cepat2 aku ambikkan kerusi & suruh dia duduk.  

Sepanjang malam tu mak & bapak bergilir2 jaga dia.  Banyak kali jugak la abang terbangun & mengigau.  Dia bagitau mak, dia bermimpi benda yang pelik2.  Aku pun tak dapat nak tidur bila tengok abang macam tu.  Kesian sangat2.  

Aku rindukan abang aku yang dulu.  Dulu dia selalu usik2 aku, bergurau, bawa aku jalan2.  Tapi sekarang, dia terlantar aje kat tilam.  Nak berjalan pun susah, makan pun susah, nak bercakap pun susah.  Aku sebagai adik yang sangat rapat dengan dia, sedikit sebanyak terasa jugak penderitaan yang dia tanggung tu.  Hati aku hancur berkecai tengok keadaan abang aku macam tu.

Memang aku tak punya daya, tak punya kuasa untuk melawan benda tu.  Aku hanya mampu berdoa pada Allah, semoga Allah meringankan beban abang.  Hapuskan benda durjana tu.  Aku tak sanggup tengok abang menderita.

Sesungguhnya aku tak kuat.  Tapi, aku berlagak kuat kat depan abang.  Tapi bila aku sorang2, aku selalu nangis.  Nangis mengenangkan nasib abang.  Disebabkan rasa sakit hati orang, abang yang terpaksa tanggung semuanya.  

Setiap kali tunggu encik tunang ambik aku balik, aku akan pasangkan surah yasin.  Sayu & sebak hati aku mendengarkan bacaan Ustaz Hj Dzulkarnain, sehingga aku mengalirkan airmata.  Ya Allah, sesungguhnya aku hambamu yang lemah, aku bermohon & meminta kepadamu, engkau hapuskanlah segala penderitaan abangku Ya Allah.  Hanya padamu aku memohon & meminta pertolongan.

No comments: