Harapan MARYA Hanya Impian

Perginya Abang Takkan kembali

Views
Hari ni 10 hari dah abang pergi meninggalkan kami setelah 5 hari diwad & hari ke 6 dia menghembuskan nafas terakhirnya.   Aku sedih di atas pemergiannya.  Dia satu2 abang yang aku ada di dunia ni.  Dia yang selama ni menjaga, melindungi & mencurahkan sepenuh kasih sayangnya kepada aku.  Tapi, dalam sekelip mata, Allah ambik balik abang dari kami.   
Selama 26 tahun Allah pinjam abang untuk aku.  Merasa punya abang.  Merasa memanggil abang.  Aku bersyukur kerana aku & abang sangat2 rapat.  Aku manja sangat dengan abang.  Aku & abang ibarat pasangan kembar yang tak dapat dipisahkan.  Betapa aku menyayangi abang lebih dari segala2nya.  Tapi, aku tau, Allah lebih lagi menyayanginya.

Beberapa hari sebelum abang meninggal, dia sempat pesan kat aku.  Dia suruh aku jaga semua barang dia.  Masa tu aku dah mula rasa pelik.  Kenapa dia cakap macam tu?Sepanjang perjalanan balik ke rumah, aku asyik tertanya2, kenapa, kenapa & kenapa??Encik tunang cakap, memang la abang suruh jaga, kan dia kat hospital masa tu.  So, aku pun kata, ya maybe. Sampai2 aje kat rumah, aku cari album ziana zain dia, then aku simpan dalam beg.  Aku cari2 lagi barang lain.  Aku jumpa gelang dia.  Aku simpan lagi dalam beg.  Masa tu aku rasa nak angkut semua barang2 dia pergi rumah tunang aku.  Sebelum aku kunci pintu rumah, aku tanya kat encik tunang, "abang balik sini lagi nanti kn?" Encik tunang jawab, "mesti la balik, ni kan rumah dia".  



Aku tak tau kenapa hati aku sebak sangat masa tu.  Rasa nak nangis aje bila teringatkan abang.  Rupa2nya tu memang pesanan terakhir arwah.  Sehari sebelum dia pergi, dia cakap kat bapak yang dia nak tengok aku kahwin.  Masa tu nanti, dia nak pakai baju melayu putih.  Byk sangat tanda2 sebelum arwah nak pergi sebenarnya.  Aku perasan, cuma aku cuba untuk menidakkannya.  Aku takut, aku tak bersedia untuk kehilangan abang, walaupun aku dah tau peluang abang untuk terus hidup masa tu memang agak tipis.

Berkali2 jugak bapak cakap kat aku, jangan sedih sangat.  Nanti abang pun sedih tengok aku sedih.  Aku cuba kuatkan semangat.  Cuba untuk menatap wajah abang.  Tapi, setiap kali aku menatapnya, hati aku sedih, hati aku hancur berkecai.  Setiap kali tu jugak airmata aku berguguran.  Aku tak menyangka begini pengakhiran hidup abang.  



Abang sempat mintak maaf dengan mak & bapak.  Dia cakap kat mak, terima ksh dah jaga dia dari kecik sampai la dah besar.  Kat bapak pun dia cakap macam tu jugak.  Aku pun sempat mintak maaf dengan dia, dan aku dah halalkan segala makan & minum abang & segala kesalahan dia.  Masa tu dia lemah sangat.  Nak cakap pun tak larat.  Aku dengar dia cakap, "chah, izinkan abang" Dalam esak tangis, aku cakap kat abang, "abang, chah izinkan abang pergi" Abang genggam tangan aku.  Dia kata dia sayang aku.  Ya, aku pun sayang abang.  

2 hari sebelum abang meninggal, dia merapu2, cakap benda yang pelik2.  Tapi masa tu dia dah tak kenal lagi siapa yang datang.  Dia selalu panggil mak, bapak & chah aje.  Bapak kata jangan jauh.  Masa abang dah tak panjang lagi.  Berkali2 jugak aku menidakkan.  Kenapa bapak cakap macam tu??Abang masih ada harapan lagi.  Aku cakap kat abang, abang mesti kuat.  Abang mesti lawan sakit abang tu.  Tapi, semua saudara mara aku yang ada kat situ cakap, memang abang dah tak ada harapan.  Selalunya orang yang nak meninggal akan cakap benda yang pelik2.  Aku tak percaya semua tu.  Bagi aku semua tu mengarut.  Abang masih lagi boleh sihat macam dulu. 



Sehari sebelum abang meninggal, dia diam aje.  Tak bercakap, tak makan, tak minum, tak kenal langsung sesiapa yang datang.  Aku berharap sangat dia dapat kembali sihat masa tu.  Berharap agar Allah memberi abang peluang ke 2 untuk hidup.  Masa tu hati aku kuat nak teman abang kat hospital, tapi kebetulan pulak malam tu ada konsert sempena hari malaysia kat airport lama, so hati aku jadi berbelah bagi.  Last2 aku balik aje.

Esok pagi, berkali2 bapak call, suruh ambikkan baju la, seluar la, air zam2 la, macam2.  Kebetulan pulak masa tu hujan.  So, susah sikit aku & encik tunang nak gerak awal.  Bapak pulak tak berhenti2 call, tanya bila aku nak pergi hospital.  Aku pulak macam berat sangat hati nak pergi.  Aku cakap kat bapak, kejap lagi la.  Then aku sempat masak & makan.  Tengah makan tu, tiba2 bapak call lagi.  Bapak cakap, cepat sikit pergi hospital.  Takut aku tak sempat jumpa abang.  Hati aku dah tak menentu masa tu.   Masa on the way nak pergi hospital, aku call makcik aku. Nak tanya dia kat mana.  Bila dia jawab aje call aku, terus dia kata abang dah tak ada.  Aku macam tak percaya.  Aku rasa makcik aku tipu.  

Sampai aje kat hospital, aku tau abang dah tak ada lagi.  Tapi hati aku menidakkannya. Aku tanya orang2 kat sekeliling, "abang ada lagi kan?" Semua orang suruh aku sabar.  Then kazen aku bawak aku keluar dari bilik abang.  Aku duduk kat luar & masa tu la aku tersedar.  Abang memang dah tak ada lagi.  Abang dah pergi buat selama2nya.  Aku terkilan tak sempat jumpa abang.  Abang dah tinggalkan aku.  Dah tinggalkan mak & bapak.




Aku tengok mak & bapak sangat2 kuat.  Terutamanya mak.  Dia tenang aje.  Aku tau, kalau mak menangis, mak merintih, abang akan terseksa.

Selepas asar, jenazah abang selamat dikebumikan di tanah perkuburan islam kampung jepak.  Bersebelahan dengan kubur arwah nenek.  Sepanjang berada di kubur, aku cuba kawal emosi.  Alhamdulillah aku berjaya.  Memang aku nangis, tapi tak ada la sampai meraung2.  Aku redha abang pergi.  


Ya Allah, begitu berat ujian yang engkau berikan buat hambamu ini.  Aku tak kuat ya Allah.  Aku insan yang lemah.  Tapi aku tau, Allah takkan membebani hambanya melebihi kemampuan hambanya.  Maybe aku rasa aku tak mampu menghadapi semua ni, tapi Allah yakin aku mampu, sebab tu dia turunkan ujian yang maha hebat ini untuk aku.  Dan aku juga yakin, Allah tidak menjadikan sesuatu tanpa sebab.  Memang pahit pada awalnya, tapi insyaAllah, jika aku mampu menghadapi semuanya dengan sabar, pasti akan ada manis pada akhirnya.

Semoga abang ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.  Doaku sentiasa mengiringimu abang.  



Allahyarham Omar Bin Abbas dalam kenangan.  (30 April 1984 - 17 September 2012)  Al-Fatihah.

2 comments:

Eyqa Hasnan said...

Al-fatihah :( Banyakkan bersabar yer ?

Chah Abbas said...

Eyqa Hasnan...ok...inysaAllah sy akn bersabar...terima kasih...:)