Harapan MARYA Hanya Impian

Project Door Gift pertama

Views
Assalamualaikum

Dari start bulan puasa sehingga la ke hari raya, aku sibuk sangat menyiapkan tempahan coklat customer2 aku.  Wah, customer2 gitu.  Macam la banyak beribu2 tempahannya.  hehe...Tapi, alhamdulillah, kira banyak jugak la. Minggu lepas, untuk pertama kalinya, aku dapat project besar, buat door gift untuk majlis perkahwinan kawan baik aku, Suhana.  Last2 minit jugak la dia confirmkan nak buat coklat tu. 




Macam lipas kudung la aku siapkan coklat2 tu dalam masa 2 hari.  Mak tak berani nak masuk campur, takut nanti kalo salah buat, memang aku mengamok habis. haha.  So, mak & encik tunang just tolong packingkan coklat2 tu je.  Nasib baik la x banyak sangat, coz sebahagian lagi, Suhana order kat tempat lain.  Kalo dia suruh aku buatkan semua, memang x larat la rasanya.



Yang ni pulak hadiah untuk Suhana & suaminya Al Hakim.  Sebenarnya aku nak buat selamat pengantin baru kat atas coklat tu.  Tapi, kotak tempat simpan coklat tu xcukup untuk letak coklat yang banyak.  So, terpaksa buat macam kat atas ni je.  Tak apa la, janji aku ikhlas buat, kn.

Alhamdulillah, aku bersyukur sangat2 ke hadrat illahi coz sepanjang bulan puasa & raya ni, rezeki aku x pernah putus2.  Even aku letih buat coklat sorang2, kadang2 sampai ke sahur, tapi aku tetap buat semuanya dengan ikhlas hati.  

Kalo ada rezeki lebih, aku nak kembangkan lagi business aku ni ke mata dunia.  Wah, gitu. hehe. InsyaAllah. 

No comments: