Harapan MARYA Hanya Impian

Separuh Jiwaku Pergi

Views
Assalamualaikum

Semalam abang dibawa ke hospital coz keadaan dia semakin membimbangkan.  Dia kena tahan kat wad, so aku terpaksa tido kat rumah encik tunang.  Takut pulak nak stay kat rumah sorang2.  Lepas balik kerja semalam, memang tak sempat nak pergi lawat abang.  Jam pun dah akhir masa tu.  

Tengahari ni tadi, baru dapat pergi lawat abang.  Tu pun tak lama coz aku kerja & masa rehat pun tak panjang.  Tapi, lega jugak la dapat tengok muka abang, even tak lama.  Mula2 masuk bilik dia tu, hampir terduduk jugak la aku kat depan pintu.  Lemah seluruh badan.  Airmata pulak macam tak dapat nak ditahan2.  Aku pegang tangan abang, tapi dia masih x tau siapa yang datang.  Bila mak kata, 'adik chah tu', baru dia senyum.  Dia kata aku bodo coz aku nangis.  Then sempat lagi dia ketawa.  Aku cuba kawal emosi aku.  Tak nak abang sedih tengok aku nangis. Mak kata, dari semalam dia cari aku. Kesian abang.  

Abang semakin lemah.  Badan dia kurus sangat2.  Sedih sangat tengok badan dia kena cucuk untuk tambah air & darah.  Makin berguguran pulak airmata aku.  Puas aku tahan sedaya upaya, tapi apa la daya aku.  Aku tak mampu nak berpura2 & airmata aku terlalu mudah sangat mengalir semenjak 2 menjak ni.

*Abang & penyanyi kesayangan dia, kak Ziana Zain*


Dia satu2nya abang yang aku ada.  Abang yang sentiasa ada bila aku memerlukan, sentiasa memahami aku, sayangkan aku sepenuh jiwa & raga dia.  Begitu jugak aku.  Bila abang dah terlantar macam tu, terasa separuh jiwaku pergi.  Pergi bersama jiwa abang yang lara.  Andai sakit abang dapat dipindahkan, aku sebagai adik rela menanggung semuanya dari tengok abang terseksa.  Hancur luluh hati aku.  Tak sanggup rasanya biarkan abang menderita.

*Time ni abang dah start sakit*


Tapi, sepanjang abang sakit, aku tengok semangat dia kuat even badan dia lemah.  Mak & bapak selalu suruh dia kuatkan semangat, ingat Allah selalu.  Hanya Allah yang mampu membantu & memberi dia kesembuhan.  Cuma bila masanya, kita tak tahu.

Aku tau Allah memberikan umatnya sakit bukan kerana benci, tapi kerana Dia sayangkan umatnya.  Dia nak menilai sejauh mana umatnya kuat & sabar dalam menghadapi ujianNya.  Disebalik semua ujianNya, pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Sebelum aku balik dari hospital tadi, abang sempat pesan.  Dia suruh aku doakan dia kembali sihat macam dulu2 lagi.  Disetiap malamku, aku sentiasa mendoakan kesihatan abang.  Seseungguhnya aku merindui abang aku yang dulu.  Ya Allah, tabahkan hati kami sekeluarga dalam menghadapi ujianMu.




Allah bukan memberi kita kesusahan, tetapi mengajar kita erti kesusahan supaya kita mendapat kesenangan




2 comments:

.safarina|shafie. said...

sabar ehh. kita tahu perasaan ni, kite pernah rase. sabar taw, selalu sedekahkan alfatihah ntuk dia. Allah lebih syg dia .

Chah Abbas said...

@.safarina|shafie. Thanks dear...insyaAllah...Al-fatihah....