Harapan MARYA Hanya Impian

Abang :'(

Views
Assalamualaikum

Hari ni chah nangis lagi bang.  Chah rindukan abang.  Rindukan senyuman abang, rindukan gurau senda abang, rindu nak bergaduh, nak share cerita dengan abang.  Chah rindukan semua tu bang.  Tiap hari chah ingatkan abang.  Tiap malam tido chah tak lena.  Chah terlalu rindukan abang.  Abang, chah tak kuat.  Chah lemah sangat.  Chah dah cuba lawan perasaan ni, tapi kadang2, susah sangat.  Bila tengok gambar abang, chah sedih.  

Ramai kawan2 chah bagi semangat & suruh chah sabar banyak2.  Memang chah dapat sabar.  Tapi tu semua kat depan dorang.  Bila sorang2, chah nangis.  Hidup chah kosong sangat2 tanpa abang.  Jiwa chah rasa terseksa.  Chah cuba dekatkan diri dengan Allah. Meminta Allah kuatkan hati & semangat chah.


Abang, mampukah chah memikul satu tanggungjawab yang berat ni?Tanggungjawab yang dulu abang yang pikul?Dulu, chah terlalu bergantung harap pada abang.  Bila tak ada duit, abang orang pertama yang chah cari.  Tapi abang tak pernah merungut.  Abang bagi jugak duit, walaupun abang sendiri tak berduit masa tu.  Bertapa besarnya pergorbananmu abang.  Segala keperluan di rumah, tak pernah sekali pun abang abaikan.

Sekarang, semua chah kena pikul sorang2.  Berat sangat bang.  Tak terpikul chah sebenarnya.  Tapi, bila mengenangkan mak & bapak, chah gagahkan juga diri ni.  Tak sangka sangat2, macam ni kisah hidup kita bang.  Tapi chah tau, Allah ada sesuatu untuk kita disuatu hari nanti & chah berharap sangat2 akan berjumpa abang lagi di syurga.  Chah akan cuba perbaiki diri chah untuk menuju ke syurga yang telah Allah janjikan itu & sentiasa mendoakan kesejahteraan abang disana.  Chah janji bang, sampai bila2 chah akan ingat abang.  Chah bersyukur Allah pinjamkan seorang abang yang cukup sempurna untuk chah walaupun hanya sekejap cuma.  

Ya Allah, berikanlah hambamu ini sedikit kekuatan untuk menghadapi liku2 kehidupan ini.

12 comments:

Iesah Yii said...

chah.. mbak bersabar k? mesti kuatkan semangat.. time sorang2, mun agik asa sedih, bacalah al-Quran.. InsyaAllah, hati chah akan tenang.. mun tetap juak asa sedih, boh berseorangan.. berkumpulah dgn kawan or family ktk.. arwah abg ktk akan makin terseksa bila nanga ktk nangis.. boh nangis k? sabar, chah.. mun ktk happy, arwah abg ktk akan happy and nya dapat pergi dengan tenang.. bacalah surah yassin tiap2 malam jumaat.. :)

Chah Abbas said...

@Iesah Yii Iesah, thanks berik kata2 semangat...memang kmk kdg2 xmk dudok sorg2..tp, bila kt tmpt keja, kmk mala sorg time lunch...yalh mlh kmk tringatnya...di rumah pun, kmk org 3 jak...rumah 2 tingkat..ng trasa glk sunyik...mun dlok, seluruh rumah ya dengar soranya munnya dh start beloya...kmk coba juak mbak ngaji supaya ati kmk tenang...maybe msh awl, yalh ssh sikit mk lupak..insyaAllah mun dh lmk,mesti ok...:)

DRC said...

relakan pemergian... itu membuatkan dia lebih tenang kat sana... untuk pengetahuan, apabila kita tidak meredoi dan merelakan sesuatu pemergian, ia masih tidak tenang... elakkan meratapi sesuatu yg pergi.. insyaAllah, yakin pada Allah.. Dialah yg menghidupkan dan mematikan sesuatu... pasti ada hikmahNya..

::Mastura Zakaria:: said...

sabar.setiap yang hidup tu pasti akan mati.mcm tu jugak kita yang hidup ni.Allah ambik org yg dia sayang, awak beruntung sebab awak dpt tgk abg awk buat kali terakhir, awak tahu di mana jasad dia dikebumi...cuba bygkan ada org yg kehilangan org yg disayangi tanpa kubur....hanya doa jadi penghubung.doa byk2 utk dia... time will heal everything.

Chah Abbas said...

@DRC Terima ksh atas kata2 semangat & nasihat...Bukan saya tak merelakan pemergian dia, tapi, sebagai manusia biasa, saya memang tak dapat nak lari dari perasaan sedih....Bila sedih tiba2 datang, kadang2 susah saya nak lawan....Tapi, sekarang ni saya banyak dekatkan diri dengan ALlah.....Alhamdulillah, hati saya sedikit tenang...

Chah Abbas said...

@::Mastura Zakaria:: Terima ksh dear...Ya, memang betul...Mungkin juga selama ni saya tak pernah berhdapan dengan dugaan yang sehebat ini...Itu yang membuatkan saya sedikit lemah...Tapi, insyaAllah, saya yakin, saya mampu menghadapinya...Dan saya yakin, diakhir kepahitan ini, pasti Allah akan sediakan kemanisan yang indah buat saya...InsyaAllah...

Diemsisi said...

aku pun turut sedih maca entri tok ... kmek cuma mampu nyuroh ktk besaba jak ... ingat yang bait2 sal abang ktk mudahan Tuhan merik rahmat ngan arwah ...

Chah Abbas said...

@Diemsisi Terima ksh Diemsisi...InsyaAllah...Amin...:)

NM03 said...

salam kenal. singgah sini terus follow. jom tukar link, citer dan pendapat. >_<

Chah Abbas said...

@NM03 salam kenal...terima kasih sudi singgah & follow...saya pun dah follow awak balik...:)

Fatin Farliana said...

salam chah. u sabar k. insyaAllah ada hikmah disebalik ujian yg Allah bg. harap u dpt bersabar dan redho dgn pemergian abg u k. takziah i ucapkan. Al-fatihah. u must strong dear :)

Chah Abbas said...

@Fatin Farlianawaalaikumusalam...trima ksh Fatin...InsyaAllah...:-)