Harapan MARYA Hanya Impian

Peringatan Buat Yang Hidup

Views
Assalamualaikum

Pemergian abang sedikit sebanyak memberikan aku kesedaran.  Kesedaran tentang kehidupan yang sebenarnya.  Jika sebelum ni, aku agak lalai mengejar duniawi, hingga terlupa akan kehidupan duniawi hanya persinggahan sementara sebelum tibanya hari perhitungan.  

Aku gagal dalam kehidupan.  Terlalu jauh menyimpang dari landasan yang sebenarnya.  Sehinggalah aku di uji dengan pemergian abangku yang tersayang.  Disaat itu baru aku tersedar.  Tak selamanya kita akan kekal didunia.  Tiba masanya kita akan pergi juga.  Bila masanya, hanya Allah swt yang maha mengetahuinya.

*gambar hiasan*

Mungkin ini semua peringatan Allah untuk aku supaya jangan terlampau lalai dalam kehidupan ini.  Peringatan untuk menyedarkan aku tentang banyak pekara yang dah aku tinggalkan selama ni.  Aku banyak buat dosa ya Allah.

Tapi, aku bersyukur dengan ujian yang maha berat yang telah Allah turunkan buat aku.  Dari ujian itu, aku mula mengubah cara hidup aku.  Aku mula mendekatkan diri dengan Allah.  Bila aku terasa sedih, aku akan solat.  Dengan solat, hati aku jadi tenang.  Aku juga mula membaca al-Quran, yang telah bertahun-tahun aku tinggalkan.  Bertapa jahilnya aku ya Allah.

Memang benar, ada yang berkata, bila dah Allah turunkan ujian, baru nak sedar, baru nak bertaubat.  Ya, memang aku akui itu semua.  Kita sebagai manusia biasa, memang tak pernah lepas dari melakukan kesilapan dalam hidup.  Mungkin itu cara Allah untuk menyedarkan kita.  Tak salah kita mencuba untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Ya Allah, bimbimglah hambamu ini menuju ke jalan mu. 




6 comments:

fa said...

menangis bila baca ni.. kuatkn semangat tau.. doa byk2..

Chah Abbas said...

@fa insyaAllah...semoga Allah memberikan saya sedikit kekuatan untuk terus teguh di atas jalannya...:)

Zie Madini said...

mmg betul tu...kematian akan meyedarkan yg hidup. Al-Fatihah buat arwah

Chah Abbas said...

@Zie Madiniya...sentiasa mengingat mati, akan mendekatkan diri kita pada Allah...Al fatihah..thanks dear..:)

::Mastura Zakaria:: said...

al-fatihah. dari Dia datang kepada Dia juga tempat kita kembali.sorry tanya, abang awak sakit apa?

Chah Abbas said...

@::Mastura Zakaria::ya...saya redha...al fatihah...doktor kata dia terkena jangkitan kuman pada paru2..