Harapan MARYA Hanya Impian

Allah Takkan Menjadikan Sesuatu Tanpa Sebab

Views
Assalamualaikum
 
 
Allah takkan menjadikan sesuatu tanpa sebab.  Allah tarik arwah abang kembali ke pangkuanNya juga bersebab.  Kadang-kadang aku terfikir, kenapa hidup aku jadi begini?Kenapa serumit ini?Tapi, sedarlah, bahawasanya setiap benda yang terjadi dalam hidup kita, Allah dah rancang semuanya sejak azali.  Cuma kita yang tak tau.  Kalau kita tau semua tu, tak kan ada manusia yang lalai dalam kehidupannya.  Semua orang akan berlumba-lumba untuk menambah amalan untuk dibawa ke akhirat kelak.  
 
Tapi, sesungguhnya Allah itu maha mengetahui.  Dia rahsiakan semua tu dari umatNya, supaya Dia dapat menilai siapa sebenarnya umatNya yang sentiasa mengingatiNya.  Dunia ni hanya sementara.  Apa yang kita ada di dunia ni, tak akan kekal.  Takkan dapat kita bawa ke akhirat, kecuali amalan yang telah kita lakukan.
 
 
 
Aku bersyukur kepada Allah, kerana Dia telah menurunkan ujian yang amat berat buat aku, walaupun pada hakikatnya, jauh disudut hati kecilku, aku sukar untuk menerima semua ni.  Aku sama seperti manusia biasa, yang kadang-kadang agak lalai dalam kehidupan & tak pernah tau nak bersyukur.  Bila Allah turunkan ujian, baru aku tau erti syukur.  Bersyukur kerana Allah pinjamkan abang selama 26 tahun untuk aku.  Bersyukur kerana ujian Allah inilah yang telah menyedarkan aku dari mimpi yang panjang. Aku sedar, Allah memilih aku untuk menerima ujian yang berat ini, kerana Allah yakin aku mampu mengalasnya.
 
Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah, Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka.
 
 



8 comments:

anis scha said...

setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. sama ada kita sedar atau tidak. Allah beri ujian pada kita kerana Allah sayang kan kita :)

huahua said...

http://peaceder.blogspot.com/2012/11/peaceder-kebaikan-dan-kelebihan-awal.html.. follow me back

Chah Abbas said...

@anis scha yup...betul tu...Allah turunkan ujian kerana Dia rindu akan rintihan hambaNya...

Chah Abbas said...

@huahua done follow awak..tq...:)

Zack Kool said...

laa.. Zack pun diuji cam awak..ayah Zack meninggal masa Zack umur 6 tahun..Dia meninggal tahun 2000..dan bleh tak remove verification word..susah Zack nak wat komen..

huahua said...

http://peaceder.blogspot.com/2012/11/peaceder-kebaikan-dan-kelebihan-awal.html... nice ur blog.. jom jengah cnie lak

Chah Abbas said...

@Zack Kool oo ye ke...al-fatihah untuk ayah awak...ok, dah remove..:)

saifudin said...

salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)