Harapan MARYA Hanya Impian

Sebuah Kehidupan

Views

Kadang2 hidup kita x selalunya indah...Luaran orang tengok bukan main happy lagi, siap gelak2, bertepuk tampar dengan kawan2, tapi hakikatnya, hanya dia & Allah aje yang tau...

Kata orang, hidup kalo x da masalah, x ada gelombang, x ada gelora, bukan hidup namanya...Ya, aku setuju...Walaupun kadang2 rasa menyampah, rasa putus asa dengan semua yang kita hadapi sehari2an, tapi hidup perlu diteruskan jugak....Bila kita ada masalah, x semua orang yang akan paham...

Macam aku, bila aku ada masalah, rasa susah sangat nak cerita dengan orang..Selalunya aku diamkan aje...Tapi, bila dah aku x tahan, baru aku cerita...Tu pun bukan dengan semua orang...Selalunya aku cerita dengan kawan baik aku, Mas...Dia la satu2nya kawan aku yang aku rasa paling selamat & paling selesa untuk aku cerita masalah aku..Kadang2 benda remeh temeh pun aku ceritakan jugak...Macam kawan aku pinjam duit x bayar2 ke, kena marah boss ke, lambat masuk opis ke, henpon rosak ke, semua aku cerita kat dia..

Semakin dekat tarikh majlis pertunangan aku, semakin banyak pulak masalah yang aku rasakan susah sangat aku nak hadapi sorang2...Aku perlukan teman, aku perlukan seseorang untuk bagi aku semangat untuk aku terus bangkit...Aku x kuat sebenarnya, tapi semua orang pikir aku kuat....Semua orang pikir aku boleh harungi semuanya sorang2...Hmmm...Entah la...Maybe disebabkan aku x pernah cerita masalah aku, so semua orang pikir aku x da masalah...Ketika hati aku bergelora menghadapi kesusahan, aku masih mampu ketawa, masih mampu bersandiwa seolah2 hidup aku sentiasa aman damai tanpa ada apa2 benda  pun yang merosakkan mood aku...Hahaha....Aku memang pandai berlakon...

Aku x mau orang lain susah hati bila aku kata aku ada masalah..Cukup la aku sorang yang menghadapinya...Biar sesukar mana pun cara untuk aku menaganinya, aku yakin, selagi aku mencuba, insyaAllah, Allah akan membantu...Allah x akan pernah biarkan hambanya keseorangan...

Selain tu, aku juga tau, sesusah mana pun aku, disisi aku sentiasa ada mak, bapak, abang, sayang & kawan2 yang akan sentiasa berada disisi aku selagi aku masih bernyawa....Aku x seorang dimuka bumi ni...Aku ada ramai orang yang kadang2 aku x sedar akan kehadiran dorang semua...

Semoga aku akan lebih tabah menghadapi liku2 hidup ini....



Kampung Ku Yang Indah

Views

Secantik mana pun permandangan, sedamai mana pun suasana kat tempat orang, aku yakin, semua setuju kalo aku cakap, cantik lagi permandangan & damai lagi suasana kat tempat sendiri, kan?Contoh macam kita dah bertahun2 tinggal kat negeri orang, sikit sebanyak, kita pasti akan rindukan negeri kita sendiri..Macam aku, even dah bertahun2 tinggal kat Kuching, tapi aku tetap rindukan Bintulu..Aku rindukan suasana kampung, rindu family, rindu kawan2...

ni la kampung aku

Dulu Kampung Jepak merupakan sebuah perkampung nelayan..Kebanyakan penduduk di Kampung Jepak ni bekerja sebagai nelayan untuk menyara kehidupan seharian mereka. Tapi, sekarang ni, disebabkan ramai anak2 kampung yang dah sekolah tinggi2 & berhijrah ke tempat lain, so pekerjaan nelayan ni kurang diminati. Yang masih setia hanyalah warga2 tua yang kesepian ditinggalkan anak2 @ pun sekadar untuk mengisi waktu2 terluang. 


Hasil tangkapan tu nanti, para nelayan akan jual kat wharf penambang. Fresh2 lagi tu. So, kalo penduduk kampung nak beli ikan fresh, kat sini la tempatnya.  Harga pun lebih murah berbanding di pasar ikan.  Tengok la kat gambar tu, ramai sangat orang2 kampung pergi tengok2 ikan.  Kadang2 sekejap aje dah habis.  Sampai ramai yang x sempat nak beli.

perahu tambang

feri

Kampung Jepak & bandar Bintulu dipisahkan dengan sungai yang agak panjang jugak la.  Untuk menyeberang ke bandar, kitorang terpksa naik pengangkutan air seperti perahu tambang @ pun feri.  Feri dikhaskan untuk motorsikal je. So, sapa2 yang x pandai berenang tu, anda dinasihatkan belajar berenang dulu sebelum anda bercita2 nak pergi ke kampung aku tu, coz pengankutan air je satu2nya jalan untuk ke kampung aku. Ok, aku tipu. Hahaha.  Sebenarnya, selain jalan air, jalan darat pun ada jugak.  Tapi agak jauh la sikit dari jalan air.  Kalo jalan air, sepuluh minit macam tu pun dah sampai ke pasar.  Kalo guna jalan darat, 40 minit baru sampai.  

Aku suka suasana kampung aku.  Penduduknya pun mesra2 alam semuanya. Tapi, masih ada segelintir masyarakat dari tempat2 lain yang memandang negatif kampung aku ni.  Coz zaman dulu2, kampung aku ni terkenal dengan kegiatan2 yang x berapa nak elok la sikit. Macam mengamalkan sihir & yang seangkatan dengannya.  Maklum la zaman tu dulu ramai penduduk yang masih kolot & jahil dalam agama.  Tapi sekarang ni, kampung aku dah 100% bersih dari semua benda 2tu.  Kalo x percaya, bole la datang ke kampung aku ni ye..:)






Malas update status fb

Views

Semakin hari semakin bosan aku nak update status kat facebook...Kalo dulu2, kemain lagi...Tapi semenjak 2 menjak ni hati aku dah tawar sangat nak update status...Semua gara2 pompuan meroyan kat facebook aku tu...

Disebabkan satu status, semua jadi hura hara...Tambah lagi jenis pompuan macam tu, yang suka jadi batu api..Then bila kita dah menjawab, makin menjadi2 pulak dia...Amboi, ingat kita ni anak patung ke, nak dimaki hamun sesuka hati dia?Kenal pun tidak, tetiba je...Nak mintak perhatian la tu..Huh...

Then hari tu jugak dia diactivate facebook dia & buat facebook baru...Terus aku block dia..haha..Kejam kan??Bukan apa, susah la kalo ada manusia macam tu dalam kehidupan kita...Aku memang x nak cari pasal dengan dia pun...Malas nak gadoh2 sebenarnya...Lagipun aku dah tua, so memang x sesuai la nak gadoh2...Lain la kalo aku ni masih form 4 ke, form 5 ke, ok, memang aku suka part gadoh2 ni..hahaha...


Hati Kau Busuk!!!!

Views

Kadang2 ada sesetengah manusia kat dunia ni memang pandai sangat bersandiwara..Kat depan bukan main lagi baik kat kita..Tapi, bila kat belakang, nauzubillah, jahat yang amat...Huh....Manusia2 macam ni la yang sangat2 patut kita jauhi..Diorang ni la virus yang paling merbahaya dalam kehidupan kita....

Baru2 ni aku menghadapi situasi macam tu...Mengenali sorang pompuan ni membuatkan hati aku tertanya2...Kenapa dia jadi macam tu?Kenapa dalam diri dia penuh dengan hasad dengki??Aku x kata pun aku ni baik, tapi aku x kan cari pasal kalo orang tu x mulakan dulu....

Hidup aku ni x ada yang menarik mana pun...Normal macam orang lain...X perlu la nak dengki2 sangat...Apa2 benda yang aku ada sekalipun, hasil usaha aku sendiri...X pernah mintak duit kat sapa2...So, bila ada orang yang cuba nak merosakkan hidup aku, aku jadi sedih sangat....Aku x tau apa salah aku sampaikan dia buat aku macam tu...

Sekarang ni memang aku elakkan untuk bercakap, bertegur, @ apa2 pun dengan pompuan tu...Kalo dilayan, makin dia meroyan...Biar la aku yang mengalah..Tapi, mengalah aku bukan bererti aku kalah..Aku mengalah sebab aku x nak keruhkan lagi keadaan...Aku bukannya budak2 macam kau, yang suka cari pasal dengan orang..Sedar la diri tu sikit...Kita ni dah tua...Xda guna nak bergadoh2, dengki mendengki, dendam berdendam....Kalo kau x suka aku, kau x payah layan aku, x payah cakap ngan aku..Buat2 x kenal, sudah la...Aku pun x kisah...X kemaruk pun aku nak berkawan ngan kau..Buat haluan masing2 lagi best....

Semoga satu hari nanti kau sedar & kembali ke pangkal jalan.....Aku dah malas nak layan kau...Kau cari la pasal ngan orang lain...Ok, bye....

Surat Interview

Views


Pagi ni tadi, abang posman masuk opis..Kat tangan dia ada satu surat..Then dia panggil nama aku..Aku angkat la tangan (lagak macam budak sekolah angkat tangan masa cikgu ambik kedatangan)...Dia kata surat interview...(x tanya pun) So, dengan gelojohnya, aku bukak surat tu..Nasib baik x koyak...hehe..Bila dah tengok je kat atas surat tu, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, hati aku dah berbunga2..Maybe apa yang abang posman cakapkan tadi betul kot..Dah dia hari2 dok anta surat, mesti la dia tau macam mana rupa surat interview kan...Bila aku dah baca, yesss, aku berjaya...Akhirnya aku dipanggil jugak pergi interview...Alhamdulillah....Bayangkan la dah 2 tahun aku apply, tup2 hari ni aku dapat surat panggilan interview...Tanpa pk panjang, terus aku call si dia...(konon nak berkongsi kegembiraan la kan..hehe)..Dia kata tahniah & semoga berjaya..InsyaAllah...

So, mulai saat ni, aku kena study apa2 aje benda yang berkaitan..Terus terang aku cakap, ni first time aku interview government....Memang rasa takut jugak la...Entah apa benda yang akan ditanya nanti, aku pun x tau lagi...Berdebar2 pulak rasanya...Macam nak ambik SPM pulak...hahaha

Kalo kita yakin & kita berusaha, insyaAllah, Allah akan tolong kita....Jangan cepat mengalah sebelum mencuba...Satu lagi, kalo Allah dah tetapkan tu rezeki kita, walau ditutupi gunung berapi sekalipun, tetap jugak akan menjadi rezeki kita...Tapi, kalo bukan rezeki kita, dicelah2 gigi sekalipun, bila Allah dah tetapkan tu bukan rezeki kita, tetap jugak bukan rezeki kita....Percaya la setiap manusia di muka bumi ni Allah dah tetapkan rezeki masing2...Yakin la pada janji Allah....


Subhanallah

Views




"Terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yg lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang di api neraka yg amat dahsyat"

Subhanallah...Terasa insaf tatkala membaca kisah pelakon yatt kat atas ni kan?Bertapa hebatnya kuasa Allah....Mungkin disebalik tu, hanya Allah & Yatt saja yang tau kisah yang tersirat disebalik kejadian tu....Paling yang membuatkan aku takut, bila dia kata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang di api neraka yang amat dahsyat...Ya Allah...Selama ni aku x pernah kisah pasal aurat...Aku sentiasa dedahkan aurat aku untuk tatapan lelaki yang bukan muhrimku.....Aku tau aurat wanita islam sepatutnya dijaga dengan rapi, tapi kenapa aku seperti menidakkannya??Hmm..Bertapa jahilnya aku ya Allah..

Dulu aku rasa bangga bila ada yang memuji2 bertapa cantiknya rambut aku..Siap kaler2 lagi tu...Merahlah, coklatlah..Sedangkan aku tau yang mewarnakan rambut tu haram bagi wanita islam..Aku tau semua tu coz zaman sekolah dulu aku minat sangat pendidikan islam & aku merupakan ahli persatuan puteri islam malaysia....Segala hukum hakam tentang islam, semua aku tau, tapi sebagai manusia yang x pernah lari dari melakukan kesilapan, aku akui aku agak lalai dalam kehidupan aku selama ni...Terlampau hanyut dengan keseronokkan dunia sehingga lupa dengan sang pencipta...Lupa adanya hari perhitungan & setiap perbuatan kita dimuka bumi ni akan dihisab...

Semoga Allah memberi aku peluang untuk bertaubat & mengampunkan segala dosa2 yang telah aku lakukan selama ni..Amin..

Selamat Hari Ibu

Views

Sebenarnya aku x tau pun bila hari ibu...Dari kecik sampai la dah tua ni, x pernah sekali pun aku sambut hari ibu...Bukan bermakna aku x syg mak aku..Tapi, entahlah..Aku ni memang jenis yang susah sangat nak tunjukkan kasih sayang kat family...Maybe aku malu kot..hahaha

Bersempena hari ibu yang akan disambut beberapa hari lagi ni, aku nak ucapkan selamat hari ibu buat mak tersayang, Hajjah Ross Haji Dolgapar..(even mak x pernah baca pun blog aku ni..haha)Semoga mak panjang umo, dimurahkan rezeki & sentiasa bahagia disamping orang2 yang tersayang...Jasa & pengorbanan yang mak dah berikan selama ni, x akan dapat dilupakkan buat selama2nya...Mak seorang ibu yang sangat tabah...Terlampau mementigkan keluarga dari diri dia sendiri....Dia xkisah menderita, asalkan kitorang bahagia..



Aku tau aku bukanlah seorang anak yang baik...Banyak sangat kekurangan dalam diri aku ni...Dulu, time aku remaja, aku selalu sangat lawan cakap mak & marah2 x tentu pasal...Kadang2 sampai mak nangis...Bertapa jahatnya aku...Tu pun mak x kisah..Masih lagi sayangkan aku sepenuh hati dia...Tapi bila dah semakin dewasa, aku mula sedar...Mak dah semakin tua, kalo esok lusa mak dah x ada lagi, mesti aku menyesal sangat dengan perbuatan aku tu..So sekarang ni, aku dah x selalu lawan cakap mak..Kadang2 tu adalah...Tapi x sekerap dulu dah...Memang susah sangat nak buang pernagai panas baran aku ni, tapi aku cuba jugak sedaya upaya aku...Kadang2 bila aku rasa nak marah, aku pendamkn aje..Aku diam..

Banyak sangat benda yang aku dah buat sebenarnya sampaikan mak terluka...Kalo aku nak ceritakan semuanya kat sini, sampai bila2 pun x akan habis cerita aku ni..hahaha....Tapi, even aku ni panas baran, aku sebenarnya sayang sangat kat mak aku...X akan ada sapa2 pun dalam dunia ni dapat gantikan tempat mak..Bagi aku maklah mak yang paling sempurna...

Aku harap sebelum mak menutup mata, aku dapat bahagiakan mak & berubah menjadi anak yang lebih baik...InsyaAllah..


Hijrah

Views



Bila sebut pasal hijrah, macam2 terlintas kat kepala korang kan...??Hijrah ke tempat kerja baru, rumah baru, sekolah baru & sebagainya...Tapi aku bukan nak cerita pasal tu semua...Aku sebenarnya nak cerita pasal penghijrahan aku kepada muslimah yang lebih sempurna..Cheewahhh..



Awal bulan april yang lepas, aku dah membuat keputusan untuk mengenakan tudung..Alhamdulillah...Bila dah pakai tudung, hati aku bertambah tenang..InsyaAllah lepas ni aku nak mendalami lebih lagi pasal islam...Aku akui selama ni aku agak jahil tentang islam even mak bapak aku guru mengaji di kampung...Malu kan kalau dapat anak macam aku ni??Aku sedar aku dah jauh tersasar dari landasan yang sebenarnya..Tapi aku bersyukur, sebelum aku tergelincir, aku sempat lagi merangkak untuk kembali ke pangkal jalan...Memang la aku belum berubah 100%, tapi aku dah berazam untuk berubah ke arah yang lebih baik...

Sebelum ni memang perangai aku teruk....Tambah2 lagi aku sambung study kat Kuching...Makin menjadi2 la perangai aku tu...Kawan2 pun semuanya sekepala...Time tu aku pikir nak enjoy aje...X pernah pikir tentang dosa pahala...Aku hidup seolah2 aku akan hidup selama2nya...Tapi aku terlupa aku hidup di dunia ni hanya sementara...Bila2 masa nyawa aku boleh ditarik balik..Selama bertahun2 jugak la aku hidup macam tu..Aku dah makin jauh dari tuhan.....Sejadah pun lama dah aku x sentuh...Mengaji jauh sekali..Mak bapak aku pun ada jugak tegur..Kenapa aku x solat, x mengaji...Tapi aku buat2 x tau je...Aku tau hati mak bapak aku terluka dengan perangai aku tu...Mana x nya, dorang tiap2 hari pergi masjid..Tapi aku??

Bila aku dah balik ke Bintulu, sikit demi sikit aku mula sedar...Lagipun kawan2 rapat aku kat sini semuanya bertudung...Dulu2 memang aku x malu even aku sorang je antara kitorang yg x bertudung..Tapi semenjak aku kembali ke sini, perasaan aku dah mula berubah..Aku rasa malu sangat bila aku sorang je yang x bertudung...Rasa macam aku ni jahil sangat..Dalam hati aku selalu berdoa, semoga aku diberikan Allah hidayah untuk kembali semula ke pangkal jalan...

Sehingga la aku bermimpi 2 benda yang agak menakutkan..1 tu aku mimpi sebelum maal hijrah..Tapi mimpi tu macam x jelas sangat la..Yang aku ingat just mimpi tu menyedarkan aku tentang kiamat...Mimpi yg 1 lagi, memang nampak jelas...Dalam mimpi tu, aku dah siap bertelekung, tapi bila aku nak solat, aku x tau mana arah kiblat...Ya Allah..Adakah mimpi tu 1 petunjuk??

Beberapa hari jugak la aku berpikir...Aku renung balik mimpi2 aku tu..Memang orang kata mimpi tu mainan tido, tapi x mustahil jugak kalo mimpi tu 1 petunjuk untuk menyedarkan aku....Mula dari hari tu hati aku selalu aje x tenang...Aku jadi takut...Aku mula pikir tentang dosa aku selama ni, semua bapak yang tanggung..Sedangkan bapak aku seorang yang sangat baik & sentiasa memelihara agamanya...Xkan la aku sanggup nak biarkan bapak tanggung semua tu?Kesian kat bapak...

Akhirnya, aku buat keputusan nak pakai tudung...Orang pertama yang tau hal tu adalah mak....Mak bukan main happy lagi tengok aku pakai tudung..Nampak ada airmata mak bergenang di mata mak...Aku pun jadi sedih jugak time tu..Mesti mak sedih & happy tengok aku dah berubah....

Ya Allah, semoga aku tetap dengan pendirian aku kali ni & menjadi muslimah yang lebih sempurna...




Laptop 1 Malaysia

Views


Dari minggu lepas kawan2 aku dok cerita pasal laptop 1 malaysia..Tapi aku ni memang jenis yang malas nak ambik tau..Sampai la hari selasa tu si dia mintak payslip & ic potostet aku untuk apply laptop 1 malaysia tu...Dia kata nanti kakak dia yang uruskan semua..Aku just bagi apa yang dia mintak tu je...So, bila dah dengar macam tu, aku pun apa la lagi..Macam orang ngantok disorongkan bantal la, kn..hehe...

Semalam kakak dia dah dapat pun laptop tu...Tengahari tadi si dia mesej, dia kata permohonan aku & dia dah pun diluluskan..Just tunggu diorang call je...Wahhh...hepinya aku dengar berita gembira tu...Mana x nya, nak dapat laptop free la katakan..haha...Maybe ada la sesetengah manusia yang akan kata, eleh, setakat laptop free pun nak heboh2 sampai macam tu sekali..Bagi orang yang berada, yang berduit, memang la x akan terhegeh2 nak mintak benda free kan..Tapi, macam orang macam aku ni, bila dah orang nak kasi benda free, memang la excited giler...Bukan aku x pernah ada laptop sebelum ni...Memang ada...Laptop acer yang bapak beli tahun 2007 dulu...Beli tu pun coz aku tengah study time tu...Memang la perlukan sangat2 laptop untuk buat assigment...Tapi, malang x berbau, awal tahun 2012, laptop aku tu kena curi...Abang bawak pegi tempat keja dia, then kena curi orang...Sedih sangat2...Tu la satu2nya barang berharga yang aku ada...Susah payah bapak belikan untuk aku, sekelip mata aje hilang...hmmm...

Dah la banyak sangat gambar2 kenangan dalam laptop tu...Harap2 la orang yang mencuri tu x apa2 kan gambar aku...huhu...Kalo dia nak jual ke, nak gadai ke, nak apa kan ke, at least dia deletekan la semua gambar dalam tu dulu...Takut pulak kalo orang lain yang beli laptop tu akan salah gunakan gambar2 aku...Hampir tiap2 malam aku berdoa semoga gambar aku tu x di apa2kan...Aku dah pun maafkan pencuri tu..Harap2 dia bertaubat & kembali ke pangkal jalan...

Berbulan2 jugak la aku x merasa pegang laptop...Rindu sangat2 nak main game, nak update blog, nak edit gambar & macam2 lagi la...Tapi, apa kan daya, laptop aku dah x ada lagi...Abang ada kata nak gantikan laptop aku tu, tapi rasa kesian pulak..Ye la, gaji dia bukannya banyak mana pun..X sampai hati pulak aku nak susahkan dia...Dengan adanya laptop 1 malaysia tu nanti, terubat la jugak kerinduan aku kat laptop aku yang dah hilang tu kan..huhuhu..

Gaji oo gaji

Views

Hari ni aku bz sangat kira gaji budak2 kat kilang aku ni..Oppss..Bukan kilang aku, kilang tempat aku keja ni..hehe..Bila hujung @ awal bulan, macam ni la rutin harian aku..Awal2 pagi dah tekan2 kalkulator, asyik mengira gaji budak2...Kadang2 tu tensen jugak la..Maklum la, aku ni kalo bab kira mengira memang fail habis...Tapi x tau pulak kenapa aku bole terjebak dengan kerja kira mengira ni...hahaha...Kadang2 sampai ke petang la aku dok kira gaji budak2 ni...Selagi x siap, selagi tu la aku x balik..Tu yang aku kena siapkan cepat2, takut lambat pulak balik nanti...

Belum tengahari kerja2 aku dah pun siap..Alhamdulillah...So, bole la aku balik macam biasa petang ni...