Harapan MARYA Hanya Impian

Fixie Pink

Views


Balik dari kerja semalam, si dia kata dia ada belikan fixie untuk aku.  Wahhh, seronoknya.  Sebelum ni aku selalu berangan2 nak ada fixie.  Si dia dah ada dah kaler purple.  Tu yang jeles sangat.  Lagi pun sekarang ni tengah musim budak2 main fixie.  Walaupun aku ni kurang budak2 dah, haha, tapi rasanya x salah kalo kita nak join kan.  Benda yang bagus & sihat.  Bukannya aku join hisap dadah pun.

Lepas mandi & makan, si dia pun bawak aku pergi rumah dia.  Kaler pink la fixie aku tu.  Hehe.  Suka sangat2.

*Fixie pink & purple*

Dalam aku bergembira dapat fixie baru tu, tiba2 pulak aku terfikir.  Masih ingat ke aku cara nak kayuh basikal ni?  Rasanya last aku kayuh basikal, time sekolah rendah dulu.  14 tahun yang lampau.  Tu pun aku main sembunyi2, takut bapak tau.  Bapak x suka kalo aku main basikal kat jalan raya.  Dia selalu kata kereta banyak, takut kena langgar.  So, aku ni sebagai anak yang baik, chewahh, ikutkan aje la cakap bapak.  Tapi, kalo time bapak x da kat rumah, memang aku main jugak basikal tu.  hahaha

Dah puas aku fikir, last2 aku rasa aku patut cuba.  Kata orang, belum cuba belum tau kan.  So, aku dengan confidentnya, terus naik atas fixie & start berkayuh.  Baru aje keluar dari rumah si dia, terus aku kayuh straight aje sampai nak masuk ke longkang.  Mengelabah diorang semua.  haha.

Biasa la kan, lama dah x naik basikal.  Then aku cuba jugak la kayuh slow2.  Bila dah nak dekat simpang masuk ke area rumah aku, aku x tau macam mana nak belok.  Kat belakang ada sebuah van & kat sebelah kiri ada kereta.  Aku jadi panic la kan.  Si dia pulak dah pecut ke depan.  Tinggal la aku terkontang kanting mencari arah tujuan.  Last2, aku redah aje la.  Sekali lagi aku melencong ke longkang.  hahaha.  Tapi nasib baik la x jatuh dalam longkang.  Cepat2 aku turun dari fixie.  Si dia pulak bukannya nak tolong.  Tolong gelakkan lagi ada.  Hahaha

Dah habis halangan kat jalan raya, halangan kat jalan titi menuju ke rumah aku pulak.  Jalan tu dah la sempit, gelap pulak tu.  Aku pun tawakal aje la.  Baru aje nak berkayuh, tiba2 aku x dapat nak balancekan badan.  Nasib baik kat tepi2 tu ada macam pagar la, so dapat la aku berpaut kat tepi pagar tu.  Haha

Lama jugak la aku nak balancekan badan aku kat jalan titi tu.  Maybe otak aku ni dah set, jalan tu sempit & gelap, so aku rasa fixie aku x muat, tu yang buatkan aku x dapat nak balancekan badan.  Banyak kali jugak la aku nak terjatuh.  Si dia kata, x payah la kayuh kalo x dapat.  Aku kata, x apa, aku nak try jugak.  Kalo x cuba, sampai bila nak dapat kan.  Tapi, last2, aku pun dah letih.  Asyik nak jatuh2 aje.  Aku pun sorong aje la fixie aku tu sampai ke rumah. haha

Bila terkenang2 balik apa yang dah jadi, aku rasa lawak sangat.  Nasib baik la tengah malam, xda la orang perasan aku nak terbabas ke longkang. haha.  

Hari ni aku & si dia nak practice lagi.  Lama2 nanti mesti ok kan.  

Bersyukur la dengan setiap apa yang kita ada

Views


Drama baru kat tv3, Bukan Bidadari, setiap malam selasa memang bez giler.  Mengisahkan tentang Inas, seorang gadis kaya yang manja & sombong akhirnya terpaksa hidup dalam keadaan yang tunggang langgang  setelah kematian bapanya.  Bapanya pergi tanpa meninggalkan sebarang harta & mereka juga terpaksa menanggung hutang.  Tanpa arah tujuan, mereka pun pulang ke kampung & tinggal bersama mak saudara Inas.  Sejak tu, bermula la hidup Inas & ibunya di kampung.  Tapi Inas sentiasa menyalahkan takdir. Dia x dapat menerima hakikat yang hidup dia akan jadi susah macam tu.




Melihat watak Inas yang x pernah tau nak bersyukur tu, membuatkan aku terkenangkan diri aku yang dulu.  Dulu aku seorang yang sangat2 boros & x pernah tau nak bersyukur dengan apa yang aku ada. Dari zaman sekolah lagi dah aku macam tu.  Bila aku nakkan sesuatu, aku akan pastikan aku akan dapat benda tu walaupun terpaksa bergadoh dengan mak. Bila aku x dapat, aku akan memberontak, akan mengamok kat rumah.  Kadang2 barang yang masih baru, tapi bila aku rasa dah x sesuai @ x cantik aku pakai, aku akan mintak mak belikan yang baru.  Beg, kasut, baju, hanfon, semua nak tukar baru tiap2 bulan.  Time tu bapak masih kerja.  So, senang sikit la kalo nak bodek2 suruh beli barang.  Lagipun aku ni kan anak bongsu.  Cakap aje nak apa, confirm dapat.  Tu pun aku masih x tau nak bersyukur lagi.

Sehingga la bapak dah x kerja.  Hidup aku pun jadi x menentu.  Nak mintak macam2 pun susah.  Aku tau, semua ni dugaan buat aku.  Dugaan & ujian supaya aku sedar yang x kan selamanya aku dapat hidup mewah macam tu.  Akhirnya aku terpaksa cari kerja. Sekarang ni baru la aku sedar, bukan senang sebenarnya nak cari duit.  Terlalu susah.  Kadang2, bila sorang2 aku menangis mengenangkan nasib diri.  Kenapa aku x boleh hidup macam dulu?  Kenapa aku perlu menghadapi semua ni sedangkan aku masih terlalu mentah untuk menghadapinya?  Tapi, cepat2 aku beristigfar.  Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya.  

Sekarang ni, baru aku tau apa itu syukur.  Bila aku dapat makan yang sedap2, aku akan bersyukur.  Bila aku dapat barang yang cantik2, aku akan bersyukur.  Bila aku dapat rezeki lebih, aku akan bersyukur.  Sebenarnya, kita akan berasa begitu indah bila kita bersyukur.  Syukur alhamdulillah.


Pesta Gudi

Views




Hari sabtu & ahad lepas, berlansungnya pesta gudi di perkarangan airport lama, Bintulu Sarawak...Pesta gudi tu kira macam pesta layang2 la jugak...Tapi, maybe gudi tu kecik sikit dari layang2 kot..Haha..Aku pun x sure jugak...

Selain dari pertandingan gudi, ada macam2 lagi aktiviti yang ada termasuk la autoshow kereta, motosikal & basikal...Selain tu, gerai2 makanan, minuman, pakaian & macam2 lagi....

Jom la layan gambar2 sepanjang pesta gudi tu...

-Motorsikal & skuter-


*Madagascar*




*Keroppi*

*Keroppi*



*Boboiboy*


*Butterfly*





Basikal-Fixie




*Ben 10*


*Winnie the pooh*

*Ultraman*

*Spongebob*




*Hello Kitty*


Banyak lagi sebenarnya gambar, tapi malas pulak nak upload semua..hahaha..

Hari ke 2 pesta gudi tu, tiba2 hujan lebat selebat2nya...Nasib baik la aku belum jalan lagi time tu..Kalo x, memang basah kuyup la jawabnya...Sampai ke petang hujan, so aku pun tido aje la sampai ke petang...haha

Secara kesimpulannya, aku rasa pesta gudi tu agak membosankan la....Maybe diorang buat tengah2 bulan kot, tu yang semua orang pokai & malas nak pergi tengok..Bukan apa, takut kempunan pulak tengok barang2 yang orang jual kat sana...hehe

Tapi aku sempat jugak la beli tudung sehelai..Tu pun harga RM10 je...Nak beli yang mahal, x mampu lagi kot..Maklum la, tengah bulan...hehe

Hari sabtu tu, bila dah boring2 tengok autoshow tu, aku & si dia pun pergi la tengok 3D kat Midtown Bistro...Kat tempat aku ni belum ada lagi wayang 3D...Sedih kn...Kalo nak tengok wayang 3D, terpaksa pergi Kuching...So, bila dah ada Midtown Bistro tu kan, at least dapat la jugak tengok cerita 3D, even kat situ ada cerita lama2 je...Cerita baru2 belum ada lagi....huhu...Memang sedih kan...









Selamat Pengantin Baru

Views



Hari ahad lepas, sorang lagi kawan kitorang sama sekolah rendah dulu, Friza Bt Joni, dah pun selamat melansungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya...Alhamdulillah...Terasa pulak diri ni dah semakin tua..hehe...


*berseri2 muka pengantin baru ni*



*pelamin yang simple tapi cantik*


*hahaha...kenapa semua macam x ready aje ni?*




Di majlis kawen Friza ni, semuanya aku rasa cukup teratur..Dari segi baju, makeup, pelamin, makanan, semuanya ok...Kadang2 tetamu yang datang ni akan komplen kalo makanan x cukup...Aku sendiri pernah mengalami pengalaman macam tu...Bila nak makan, makanan pulak habis...Air pun habis...So, kita yang dah penat2 menunggu ni, last2 semuanya habis, mana x panas rasa hati, kan...

Tu semua pun akan jadi pengajaran untuk kita semua...Bagi aku la kan, x perlu la nak buat hidangan sampai 5 6 jenis lauk...Cukup la buat dalam 3 lauk tapi memuaskan hati semua tetamu...

Ada jugak sesetengah majlis yang aku pernah pergi la kan, baju, pelamin, makk ooiii, bukan main lawa lagi...Mengalahkan baju kawen juta2 Memey pulak...Tapi, bila dah masuk bab makan, hmmm...susah pulak nak cakap....Tetamu2 yang datang pun rasa frust la kan..Diorang semua datang tu, bukannya datang just nak nengok kita pakai baju juta2 tu...Diorang datang pun, nak menjamu selera jugak...Kalo rasa2nya, setakat nak tunjuk baju, bagus x payah buat makan2.....Duduk aje la kau atas pelamin tu sampai ke malam...Iye dok?

Ok2, berbalik pada cerita kawan aku ni tadi, aku pun tumpang gembira tengok dia happy aje sepanjang majlis tu...Berseri2 aje muka dia...Pengantin baru la katakan..hehe

Apa2 pun, aku nak ucapkan, selamat pengantin baru buat Eiyja & suami, semoga kekal bahagia buat selama2nya...Cepat2 dapat baby tau..hehe...

Minat tapi malu

Views



Memang dari kecik lagi aku minat menyanyi...Teringat aku time umo aku dalam 4 ke 5 tahun, aku dah bole hafal lagu oh ibu nyanyi mamat exist..Aku akan nyanyi lagu tu x kira masa....Kiranya lagu tu antara lagu febret aku la konon2nya...hehe....Then nak dijadikan cerita, time kitorang pergi rumah nenek, mak cakap la kat nenek yang aku pandai nyanyi...Makcik aku pun suruh aku nyanyi sambil dia rakam guna kaset...Beria2 betul aku menyanyi..Sampai nak nangis pulak diorang semua dengar...haha

*Penyanyi cilik - Cleopatra Stratan*

Bila dah masuk sekolah rendah, aku masih lagi minat menyanyi, tapi aku malu sangat2 nak menyanyi depan orang...Bila ada majis dinner tempat keja bapak, aku ada jugak ikut karaoke...Tapi, aku masih malu2..Susah sangat rasanya nak menyanyi depan orang ramai..haha

*Sumber dari google - lebih kurang macam ni la time aku nasyid dulu*

Masuk sekolah menengah pulak, aku ada ikut nasyid time form 1 @ 2...Form 3, aku jadi solo untuk persembahan nasyid persatuan puteri islam..X tau pulak kenapa makcik yang ajar kitorang nasyid tu tiba2 suruh aku jadi solo..Sedangkan aku x pernah pulak nyanyi depan dia..haha...Time persembahan tu, memang aku takut sangat2 nak menyanyi depan orang ramai..Kat dalam dewan pulak tu..Nasib baik jugak time tu semua perempuan...hehe

Time kat kolej lagi best..Aku & kawan serumah aku, Emma plan nak join pertandingan karaoke kat kolej...So, aku pun pergi la beli disc ziana zain...Konon2 nak bawak lagu korban kasih...Then bila hari nak dekat, aku pulak jadi bertambah takut...Lirik pun belum hafal, baju pun x ready lagi, so last2 minit, aku cakap kat kawan aku tu, aku x jadi nak join..haha

Ada satu lagi pertandinagan nyanyian yang aku pernah nak join,  kat dewan apa entah, aku pun dah lupa...Sampai2 aje kat sana, aku tengok, ramainya orang...Ingatkan x ramai....Rasa kecut perut jugak la..Dalam hati, memang x da harapan la nampak gayanya ni...Tapi, dah aku terlanjur ada kat sana, ambik aje la nombor giliran...Bila dah malam pertandingan tu, aku rasa x nak pulak pergi..So aku buat2 lupa aje la..haha...Sampaikan diorang call, tanya kenapa aku x datang...Aku cakap la aku tarik diri coz ada hal yang x dapat di elakkan...haha...Bijak2...

Mak selalu tanya, kenapa aku takut sangat nak ikut pertandingan karaoke sedangkan ramai yang cakap suara aku ok..(ye ke ok?ke nak ambik hati je?haha)Sebenarnya, aku xda keyakinan diri & selalu sangat rasa yang aku x bole buat.....Kadang2 aku cuba jugak beranikan diri, tapi aku x dapat...

Baru2 ni, aku dah berjaya memberanikan diri untuk join pertandingan karaoke sempena perkahwinan abang kawan aku..Even aku x dapat sebarang nombor, tapi alhamdulillah aku berjaya jugak menyanyi depan orang ramai...Bangga jugak la aku dengan diri aku ni....

Harap2 lepas ni aku berani untuk mengetengahkan bakat yang aku ada ni..chewahhh..hehe

*rasa2nya cik adik manis ni bole jadi penyanyi x satu hari nanti?hehe*





7 bulan bersama

Views




Hari ni, 13hb jun, genap 7 bulan aku & si dia couple...Tapi hari ni aku dah jadi tunang dia...Alhamdulillah...Even baru bersama 7 bulan, tapi aku yakin dia dapat membahagiakan & menjaga aku sepanjang hayat aku..InsyaAllah....Berdasarkan pengalaman aku yang lepas2, banyak sangat benda yang aku pelajari....X semestinya kalo kita bercinta bertahun2, orang tu confirm akan jadi milik kita...Kadang2, dalam sekelip mata, Allah dapat tarik balik segala kebahagiaan yang ada pada kita, andai ditakdirkan itu bukan jodoh kita...Segala2nya telah tertulis sejak azali...Siapa kita untuk menidakkannya....Tapi, sebagai manusia biasa, kita sering menyalahkan takdir..Sering kali tertanya2, kenapa begitu, kenapa begini, tanpa kita sedari, dalam kita tertanya2 tu, Allah sebenarnya dah mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk kita...Xperlu terlampau bersedih & berduka, kerana setiap benda yang berlaku ada hikmahnya...Allah x akan menjadikan sesuatu tu tanpa sebab...So, sebelum kita rasa kecewa apabila ditinggalkan @ kehilangan kekasih, cepat2 la kita mengingati Allah..Ingat la setiap janji Allah tu pasti...Kita semua pasti akan dapat sesuatu yang indah apabila kita berjaya melalaui saat2 kegetiran dalam hidup kita...Cuma bila & bagaimana ianya terjadi, kita x pasti...

Sepanjang 7 bulan aku & si dia bersama, tipu la kalo aku cakap yang kitorang x pernah gaduh....Setiap manusia dalam dunia ni ada perasaan marah, sedih, kecewa, x puas hati & sebagainya...X terkecuali jugak aku & si dia...Kadang2, di sebabkan benda remeh temeh pun kitrorang boleh gaduh...Macam contoh, aku nakkan sesuatu, tapi si dia rasa benda tu x penting & dia akan cakap, "x yah beli la"...So, secara x langsung, memang aku akan frust...Terus tarik muncung sedepa...hahaha...

Tapi, sepanjang aku kenal si dia, aku banyak belajar erti kehidupan....Dia selalu ingatkan aku tentang kehidupan yang kadang2 sukar untuk dimengertikan...Terlampau banyak pancaroba, dugaan & rintangan yang terpaksa kita tempuh...Bila ada si dia disisi, aku dapat menghadapi semuanya dengan tabah....

Setiap saat aku berdoa semoga jodoh aku & si dia dipanjangkan, andai benar dia tercipta untukku...Amin...



Majlis Pertunangan

Views




Seperti yang telah dirancangkan, pada 10hb Jun yang lepas, berlansungnya majlis pertunangan aku & si dia (Mohammad Azizi Ahmad)...Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar even beberapa jam sebelum majlis hujan turun dengan lebat..Risau jugak la kalo hujan x berhenti, mesti susah sikit maklum la rumah aku jauh sikit dari jalan raya...Kereta pun x dapat masuk dalam...Terpaksa masuk jalan kayu lagi..So, kalo hari hujan, memang basah kuyup la jawabnya kalo x da payung...Tapi, dalam setengah jam sebelum majlis, hujan pun berhenti & hari pun kembali berseri2..Chewah..hehe...



*hantaran dari pihak lelaki*

*hantaran dari pihak perempuan*

*bersama ayah & bonda*

*bersama kazen2ku*

*bersama kawan2*



Dalam bergembira, terasa jugak kesedihan, bila satu2nya abang kesayangan aku x dapat bersama2 di majlis bersejarah aku ni...Abang kat kl...Dia kata nak balik sebelum majlis, tapi malangnya tiket flight dah full....Malam sebelum majlis tu, abang call & dia nangis2 cakap dia x dapat balik...Memang aku sedih sangat2 bila abang x ada.....Kalo abang ada mesti lagi best...Dia yang pilih tarikh 10 jun ni, tapi dia yang x ada...Hmmm...X apa la..Benda yang x disengajakan pun....Semua orang x mintak pun benda tu jadi...


Ok...X moa sedih2 dah...Jum kita bergembira...Lalalala....Berbalik pada cerita pertunangan ni tadi,  tempoh pertunangan belum lagi confirm...Tunggu lagi perbincangan yang seterusnya..Bapak cakap, kalo duit dah cukup, bole la disegerakan...InsyaAllah...Harap2 aku & si dia dimurahkan rezeki lagi lepas ni..Amin...

Kola ikut perancangan aku & si dia, plan nak kawen dalam bulan 3 tahun depan....Itu pun kalo duit dah cukup & dipanjangkan jodoh, insyaAllah...Kata orang benda yang baik x elok ditangguh2kan....


Lagipun time bertunang ni, macam2 ujian & dugaannya...Harap2 la aku & si dia tabah dalam menghadapi segala ujian & dugaan sepanjang tempoh pertunangan ni...Semoga jodoh aku & si dia akan berpanjangan buat selama2nya..Amin...











Sesuatu Yang Indah

Views

Bila Allah pisahkan kita dengan seseorang yang kita sayang, kita rasa sedih sangat2..Tapi, kita x sedar, dalam kita bersedih tu, sebenarnya Allah dah sediakan yang lebih baik lagi untuk kita..So, xperlu la sedih2...Setiap janji Allah tu pasti...

Aku bersyukur sangat2, bila Allah gantikan kekecewaan aku dengan sebuah anugerah yang x terhingga..Dia ciptakan seorang lelaki yang sangat istimewa untuk dijadikan teman hidupku sepanjang hayat..InsyaAllah...

Selama ni aku tercari2, siapa sebenarnya pemilik tulang rusukku ini?Alhamdulillah, akhirnya aku berjumpa...Dia yang selama ni yang x pernah aku kenali, tetapi berada sangat dekat dengan aku....Itu la dinamakan jodoh...Jodoh yang kadang2 kita sendiri x menyangkanya...

Semakin hari rasa sayang & cinta aku terhadap dia semakin mendalam...Semoga rasa indah ini akan kekal menemaniku sepanjang hayatku & semoga majlis pertunangan aku & si dia pada esok hari akan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang...InsyaAllah...Amin...

Hari Ibu Bapa & Hari Jadi Beramai2

Views



Malam tadi si dia ajak makan2 kat rumah dia...Dia kata nak sambut bithday, tapi x tau pulak birthday sapa...So, petang semalam, lepas balik keja, terus balik rumah...X sempat nak melencong pergi tempat lain, takut lambat pulak balik nanti...Bila dah sampai rumah, ingatkan nak mandi terus..Tapi aku bole pulak bersantai2 sambil menonton cerita seindah sakura & x sangka pulak aku bole tertido2 kat depan tv...Bila aku terjaga, tengok2 cerita dah habis...Mengelabah aku g carik tuala & cepat2 g mandi...hehe..Then tengah2 aku syok bermandi manda, tiba2 bapak cakap si dia dah sampai...Cepat2 aku mandi..Nasib baik la aku pun dah nak habis mandi time tu...

Sampai je kat rumah si dia, tengok bukan main ramai lagi orang kat rumah..Tapi tu semua adik beradik & anak2 buah dia je..X da orang lain pun...So, aku pun masuk...Tengok semua orang kerumun kat meja, nak tengok kek birthday yang kak imah beli..Bila aku tengok, ada nama aku jugak kat kek tu...Owwhh..So sweet...Terharu sangat aku time tu....Even aku ni belum lagi jadi family dorang, tapi dorang tetap layan aku macam aku ni dah jadi sebahagian dari family dorang..Terima kasih banyak2 kat semua family sayang...


tadaaa....ni la dia kek hari ibu & bapa, & harijadi kitorang beramai2...

Selamat hari ibu & bapa, Maskiah & Ahmad
Selamat harijadi, Mirul, Kimi, Paiz, Man, Aniq, Wafa, Amir & Sah...(aku la Sah ni..hehe...family dorang panggil aku sah) 

Lepas dah bergambar apa semua, abang Awie pun bagi sikit ucapan...Sedih jugak la bila dengar ucapan dia untuk mak & bapak dorang...Even aku baru je kenal dorang, tapi aku dapat rasa family dorang ni memang jenis yang penyayang & mementingkan family...Bila dah habis ucapan yang serba ringkas tu, abang Awie pun baca doa...

Terus terang aku cakap, aku x pernah rasa seronok macam tu coz selama ni aku hidup dalam suasana family yang kecik..So, bila dah jumpa family besar macam ni, rasa dia memang lain macam sikit...Tapi, bila makan2 macam tu, teringat pulak kat mak & bapak kat rumah...Kalo la mak & bapak ada sekali, mesti lagi seronok...

Dah settle makan, cuci pinggan, kitorang pun dudok lepak2 sambil cerita kisah2 silam dorang...Mak & bapak si dia awal2 dah masuk bilik..Nak tengok pertandingan tilawah al-quran...Yang kitorang ni pulak, bukak lagu kuat2 sambil anak2 abang Awie shuffle...haha..Budak2....Seronok tengok keletah dorang tu...

Mata pun dah ngantok & esok hari nak keja, so aku pun mintak diri nak balik..Kesian pulak biarkan mak & bapak berdua aje kat rumah....Sebelum balik tu, mak si dia dah tapaukan makanan untuk family aku....

Bila sampai rumah tengok mak & bapak dah tido...X sempat nak suruh rasa cupcake yang kak Ita buat...