Harapan MARYA Hanya Impian

Kolera

Views
Assalamualaikum

Semenjak 2 menjak ni, heboh sangat tentang kes kolera di bahagian Bintulu.  So, berhati2 la setiap kali membeli makanan @ minuman di bazaar2 ramadhan coz kita x tahu tahap kebersihan kat gerai tu.  Seelok2nya, kita buat sendiri kat rumah, lebih terjamin kebersihannya.  Mari kita baca serba sedikit info berkaitan kolera.
 

Wabak kolera berlaku bila terdapat satu atau lebih kes kolera dalam suatu lokaliti.  Wabak kolera tamat jika tiada kes baru dilaporkan dalam masa 2 tempoh inkubasi (iaitu 10 hari) daripada onset kes terakhir di lokaliti berkenaan.

Cara jangkitan utama adalah melalui air dan makanan yang tercemar.  Sumber jangkitan yang biasa:
  • Air minum yang tercemar.  Pencemaran mungkin berlaku pada sumber bekalan air, semasa dalam sistem agihan, semasa simpanan atau semasa penggunaan.
  • Makanan yang tercemar seperti 
  1. Makanan laut seperti kerang yang hidup dalam air yang tercemar dan tidak dimasak dengan sempurna
  2. Buah-buahan dan sayururan yang tercemar dan tidak dimasak dengan sempurna.
  3. Makanan yang tercemar semasa  penyedian dan semasa dihidangkan.
Elakkan daripada memakan makanan yang mentah.  Makanan perlulah dimasak dengan sempurna dan dimakan segera ketika masih panas.  Sekiranya makanan terpaksa disimpan, pastikan  ia disimpan pada suhu melebihi 60°C atau dibawah 10°C.  Makanan yang disimpan hendaklah dipanaskan semula secukupnya sebelum dimakan iaitu semua bahagian makanan perlu mencapai suhu 70°C.  Makanan untuk kanak-kanak perlu dimakan sebaik siap disediakan dan jangan disimpan.  

Kebersihan dapur dan perkakas memasak perlu dijaga.

Elakkan minum minuman berais yang mungkin tercemar.
 
      1.  


Berbuka Puasa Ramai2

Views
Assalamualaikum

Hari khamis lepas, aku berbuka puasa kat rumah tunang aku coz hari tu harijadi kakak sulung dia, Kak Daimah.  Kakak jemput dorang adik beradik termasuk aku.  Tapi kitorang x da la celebrate macam selalu.  Just makan biasa2 aje.  

*Menu yang simple untuk berbuka*

*Apam polkadot yang x menjadi polkadotnya.*

Kakak x nak order kek.  Dia buat apam polkadot untuk mengantikan kek.  Imuk belikan pizza.  Abang Man & Kak Ita pulak belikan roti canai & kuih apam balik.  Mee & kentang kakak yang buat.  Air pulak ada macam2 jenis.  Ada air teh, kopi, soya, F&N & 100 plus.

Seronok sangat rasanya dapat buka puasa ramai2 macam tu.  1st time jugak la aku merasa semua tu.  Selalunya buka puasa 4 orang je.  Xpun 5 @ 6 orang kalo cousin2 aku datang buka puasa kat rumah.  Tapi hari tu lain sikit rasanya.  Seronok sangat2.  Perut lapar pun jadi kenyang.  hehe.  

Lepas dah makan & kemas apa semua, budak2 pun beria2 suruh abang tunang aku belikan dorang bunga api.  Bila dah dapat, riuh rendah la jadinya kat luar rumah.  Dorang sibuk suruh aku main sama, "Ucu, ucu, jum la main sama"  Tapi, terus terang cakap la, aku sebenarnya fobia sangat2 dengan bunga api.  Bukan apa, dulu time zaman budak2, aku & abang main bunga api kat beranda rumah.  Then bila bunga api tu dah nak habis, aku jadi takut.  Aku ingatkan bunga api tu akan terbakar sampai ke hujung.  So, aku jadi panic la kan.  Cepat2 aku campakkan bunga api tu.  Tau2 aje la kalo rumah kayu, bila dah kena api, cepat la merebaknya.  Nasib baik jugak arwah nenek ada kat situ.  Cepat2 dia padamkan api.  Tapi kesan terbakar tu memang nampak.  Bila bapak balik kerja, dia tengok kesan terbakar tu, terus aku & abang kena marah kaw2 punya.  Sejak hari tu la aku jadi fobia sangat dengan bunga api.  Kalo tengok budak2 main pun, memang aku dok jauh2. haha

Tapi bila tengok budak2 main, seronok jugak sebenarnya.  Budak2 la katakan, bila dah dapat, seronoknya bukan main lagi.  Kalo la kita dapat jadi budak2 sampai bila2, kan seronok.  X payah susah2 nak pikir benda2 yang rumit macam sekarang ni kan.  




Setiap Yang Bernyawa Pasti Akan Mati

Views
Assalamualaikum

Pagi ni tadi aku dikejutkan dengan satu berita yang menyedihkan.  Sorang kawan lama, sama temapt keja aku dulu dah pun kembali ke rahmatullah awal pagi tadi.  Dia terlibat dalam kemalangan jalan raya & kawan dia kata dia mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala. 

Memang rasa macam mimpi pulak bila dengar berita tu.  Even aku x rapat pun dengan dia, tapi kitorang pernah kerja kat tempat yang sama.  Lagipun dia tu kawan tunang aku.  Sama sekolah dulu.  Lepas aje aku dapat tau berita tu, cepat2 aku mesej tunang aku.  Dia pun terkejut jugak.  Sempat jugak aku pesan kat tunang aku, hati2 bawak moto.  Kadang2 tunang aku tu bawak moto agak laju jugak la.  Tu yang buat aku risau.

Dalam aku dok berfikir2 tu, tiba2 terkenang pulak macam mana first time dia pergi ofis, then tersenggih2 kat aku. Aku pun pelik la kan, tengok orang macam tu.  Ingatkan nak apa.  Rupa2nya datang nak mintak kerja.

Hmmm. Bila teringatkan tu semua, terasa jugak la kesedihan.  Selama aku kenal dia, dia memang sorang yang murah dengan senyuman.  Asal jumpa, memang dia senyum2 je.  X sangka sangat dia pergi meninggalkan semua orang di bulan yang mulia ni.  Kata orang siapa yang meninggal pada bulan ramadhan, akan terlepas dari siksa kubur.  Wallahualam.

Tapi ingatlah pada janji Allah, setiap yang bernyawa, pasti akan merasai mati.  Selagi kita masih bernyawa ni, hargai la setiap apa yang kita miliki & sayangi la orang yang ada di sekeliling kita.

*Al fatihah buat Al Aliff Shah Bin Abd Manap.  Semoga rohnya tenang di sana & ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.*


Selamat Hari Jadi Kakak

Views
Assalamualaikum

Hari ni, 26 Julai merupakan hari jadi bakal kakak ipar aku, kak Daimah yang ke 40 rasanya. Aku pun dah x ingat berapa umur dia.  hehe.  Aku doakan semoga kakak panjang umur, murah rezeki & sentiasa bahagia di samping suami & anak2 tersayang.  


*Kak Daimah Ahmad*

Malam ni kakak dah plan nak berbuka puasa sama2, kitorang adik beradik & terus sambut harijadi dia & imuk.  X sabar sangat nak tunggu malam ni.  Harap2 petang ni tunang aku balik awal sikit.  Selalunya kitorang memang x sempat berbuka di rumah.  Dari tempat kerja aku nak balik ke bandar, then tunggu feri balik ke kampung, memang jauh. 

Tapi kalo petang ni pun x sempat, x apa la.  Aku tetap jugak pergi rumah diorang.  Mana la tau kot2 kakak ada tinggalkan makanan untuk aku kan. hahaha


 


Keluarga Baru

Views
Assalamualaikum

Aku bersyukur sangat2 coz family tunang aku semuanya jenis yang sporting & happening macam aku jugak.  Mula2 kenal dulu memang aku takut2.  Mak, bapak, kakak & abang2 dia semuanya macam garang.  Muka pun serius aje.  Tapi bila dah kenal, alhamdulillah, semuanya ok.  

*Raya tahun 2009 @ 2010*





Diorang semua layan aku dengan baik even aku belum lagi jadi sebahagian dari family diorang.  Bapak dia jenis yang jarang bercakap, tapi dia tetap layan aku dengan baik.  Mak dia pulak jenis yang suka bercerita.  Kakak sulung dia pun sama jugak.  Aku suka sangat bercerita apa2 aje dengan kakak sulung dia.  Kakak dia yang ke 3 tu je yang x pernah aku jumpa lagi.  Dia tinggal kat Kuching & jarang balik kampung.  Just bertegur di facebook aje la.  Tunang aku cakap, kakak dia tu pun ok jugak.  InsyaAllah, kalo ada rezeki, nak jugak pergi jalan2 jumpa kakak dia tu kat Kuching.

*Abang Man, Kak Imah, Tunangku syg, Kak Noor*

Diorang mempunyai family yang besar.  Semua adik beradik dia dah kawen.  Dia aje belum.  Kak Imah ada 3 org anak, Abang Awie ada 7 orang anak, kak nor ada 3 orang anak, Abang Man ada 3 orang anak & Imuk ada 2 orang anak.

Aku pulak biasa hidup dalam suasana family yang sikit. Just mak, bapak & abang.  So, bila dah berkumpul ramai2 dengan family diorang, aku rasa pelik pulak.  Tapi dah lama2, rasa seronok & meriah dengan karenah anak2 abang2 & kakak dia.

Aku sayangkan diorang semua macam aku sayang mak, bapak & abang aku jugak.  Diorang dah jadi sebahagian dari hidup aku.  

*Nana, Mak, Bapak & Arif*





Solat Tarawih Di Zaman Kanak2

Views
Assalamualaikum

Time zaman kanak2 dulu, aku & 3 orang kawan baik aku rajin sangat pergi solat tarawih.  Motifnya tu bukannya nak solat pun.  Nak bermain aje sebenarnya.  (jangan di amalkan ye anak2)  Lepas berbuka puasa di rumah, cepat2 siap nak pergi masjid.

*Ni la dia ketua samsengnya. haha.  Gus*

*Orang kanan. Eiyna*

*Ni pun orang kanan jugak. Deng*


Mula2 memang la semangat ikut orang solat, tapi lepas tu bila orang dah kusyuk solat, kitorang pun apa lagi, semua tanggalkan kain, terus bermain kat luar. hahaha.  Kadang2 tu, orang tengah solat kat depan, kitorang boleh pulak main kat belakang. 

Makcik2 yang solat pun naik hantu la tengok kitorang main2.  Bila dah kena marah, kitorang buat2 x tau je.  Lepas tu sambung balik main.  Sampaikan makcik2 tu pun dah x larat nak marah. Sepanjang ramadhan la kitorang berperangai macam tu.  Lansung x rasa bersalah.

Bila dah tua2 macam ni, baru la terasa sikit.  X sangka pulak aku, yang aku ni nakal jugak zaman kanak2 dulu.  hehe.  



Kenangan Ramadhan Di Perantauan

Views
Assalamualaikum...



Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke 4 kita berpuasa.  Terasa cepat sangat masa berlalu.  Bulan2 puasa macam ni, teringat pulak kenangan berpuasa jauh dari family.  Time tu aku masih study lagi.  So, terpaksa la berpuasa dengan kawan2.  Pengalaman dia memang lain la.  Kalo sebelum ni, semua mak yang sediakan.  Aku just tolong sikit2 je.  Tu pun kalo aku rajin.  Haha. Tapi bila dah hidup jauh, serba serbi kena buat sendiri.  Paling malas la bila nak bangun sahur & terpaksa masak awal2 pagi.  Kadang2, kalo malas sangat, memang kitorang makan mee maggi je.  Tak pun, x bangun langsung.  Haha.  Tapi x pernah ponteng puasa tau.

*Aku & Ct Hazar*



Ada sorang kawan aku, dia ni bangsa iban & beragama kristian, nama dia Mathilda Lorna.  Dia tu rajin sangat ikut kitorang puasa.  Bangun sahur pun dia sanggup.  Dia xpernah makan kat rumah time bulan puasa.  Kalo setakat minum, ada la, tapi dia x minum depan kitorang.  Dia memang hormatkan kitorang yang tengah puasa.

*Mathilda Lorna Ak Berundang*

Bila petang2, kitorang selalu pergi jalan2 cari juadah berbuka.  Area taman kitorang tu, memang x ada bazaar ramadhan.  Yang ada pun kat tabuan.  Tapi jauh.  Kena naik bas atau teksi.  Selalunya kitorang just beli kat gerai2 dekat area rumah je.  

Juadah yang paling aku suka time bulan puasa x lain x bukan, mesti la ABC & laksa penang.  Rasa2nya hampir setiap2 hari aku beli 2 menu tu.  Laksa penang yang aku beli tu memang sedap sangat.  Makcik yang buat tu orang semenanjung, maybe orang penang kot.  Tu yang rasa dia sedap sangat.


*Laksa penang...Nyum2*


*ABC*

Masuk aje waktu berbuka, serumah2 dah sedia juadah masing2.  Tapi selalunya kawan2 aku yang lain memang makan awal.  Diorang tu x puasa, tapi nak makan sama2 jugak.  Last2, diorang jugak yang makan dulu.  hahaha

Walaupun time tu kitorang semua jauh dari family, tapi dengan adanya kawan2 disisi, sekurang2nya rasa sedih tu x da la terasa sangat.  Bila dah habis study macam sekarang ni, rindu pulak saat2 manis dulu tu.  X tau la bila dapat jumpa diorang semua lagi.  Masing2 dah jauh.  Hanya kenangan aje la peneman di kala rindu.




Dugaan Ramadhan

Views



Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke tiga kita menyambut bulan ramadhan.  Ramadhan kali ni aku rasa sangat mencabar & membuatkan aku mengenal erti syukur. 

Entry aku yang lepas, aku ada cerita tentang kisah abang.  Abang yang sekarang ni sedang menderita melawan penyakit.  Dia dah x dapat nak kerja macam dulu lagi.  So, segala tanggungjawab mencari nafkah untuk family, 100% aku yang pikul.  Memang terlampau berat memandangkan gaji aku sekarang ni pun cukup2 makan je.  Tapi, bila mengenangkan bulan ramadhan, aku sedaya upaya untuk menyediakan juadah yang enak2 untuk family aku.

Tapi, aku bersyukur sangat2 coz aku x keseorangan menghadapi semua dugaan ni.  Si dia sentiasa ada disisi aku & dia memberikan bantuan setiap kali aku memerlukannya. Alhamdulillah.

Sempena bulan ramdhan ni jugak, aku ada buat bisnes kecil-kecilan buat coklat homemade.  Aku jual kat facebook & setakat ni sambutannya belum meriah sangat, maklum la, baru lagi kan.  Kawan2 terdekat aje yang beli.  Walaupun sambutannya belum seberapa lagi, tapi aku tetap akan usaha jugak.  At least dapat jugak belanja untuk beli juadah berbuka.  Aku pun dah bagitau makcik aku, yang aku nak tumpangkan coklat aku kat gerai dia di bazaar ramadhan sing kwong.  Aku yakin, jika kita berusaha, Allah pasti akan membantu. 






Selamat Berpuasa

Views


Selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak buat semua umat islam di seluruh dunia. Semoga ramadhan kali ini memberikan kita seribu kenikmatan & bersama2 kita meningkatkan amal ibadat kita. InsyaAllah.

Semoga Abang Cepat Sembuh

Views


Beberapa bulan yang lepas, aku perasan akan perubahan pada diri abang. Dari rambut, muka, badan, semua dah banyak berubah. Rambut dia banyak dah gugur & hampir2 botak. Badan pulak semakin kurus, muka cengkung. Mengalahkan aku yang kurus ni pulak dah. Tangan, kaki & muka dia macam luka2 & kulit mengelupas. Bila kitorang tanya kenapa dia jadi macam tu, dia jawab x cukup rehat. Maklum la time tu abang keja kat hotel shift malam. Tu yang buat dia kurang rht. So, kitorang pun buat2 x tau aje la. Tapi, hati aku kuat sangat rasa yang ada something wrong kat abang. 

*abang & arwah wa beberapa thn yg lepas*

Dalam awal bulan 5 tu, dia pergi KL. Sebulan lebih jugak la dia kat sana. Hari khamis tu dia balik Bintulu. Bila aku tengok dia, memang aku terkejut sangat. Dengan badan yang sangat2 kurus, rambut yang hampir botak & muka yang luka2. Rasa nak nangis tengok keadaan abang macam tu. Abang ada cerita kat aku. Time dia kat KL hari tu, ada sorang pakcik tegur muka dia. Lepas tu pakcik tu cakap, abang ada terkena buatan orang. Dia bagi air kat abang & suruh abang minum. Lepas aje abang minum, terus dia rasa semacam. 

Bila aku dah dengar cerita abang tu, aku bagitau kat mak. Suruh bawak abang pergi berubat. Kat kampung aku ni, ada sorang laki yang pandai ubat cara islam. Sepanjang hari tu, aku rasa x sedap hati. Asyik fikirkan abang aje. Memang dari segi kesihatan, dia ok. Xda pulak dia mengadu sakit2 badan @ sakit kepala. Selera makan dia pun macam biasa jugak. Tu yang buat kitorang x risau sangat.

Balik dari kerja semalam, tengok muka, tangan, kaki & kepala abang ada kuning2. Dia cakap, pakcik aku datang petang semalam nak ubatkan dia. Memang betul, pakcik aku cakap abang terkena buatan orang. Benda tu sikit2 akan memakan badan abang aku. Mula2 luaran & lama2 dia akan merebak ke dalam badan. 

Sedih sangat aku dengar berita tu. Tertanya2 jugak aku, sapa la yang sanggup buat abang macam tu?Sekarang ni kitorang semua tengah usaha nak ubatkan abang. InsyaAllah jika dengan izin Allah, abang pasti akan sembuh macam sedia kala. 

Aku sayang sangat2 kat abang & aku x nak dia sakit. 


8 Bulan Yang Indah

Views






Hari ni 13hb, alhamdulillah, genap 8 bulan aku & si dia bersama & 1 bulan 3 hari aku dah jadi tunangan si dia. Syukur ke hadrat illahi kerana masih memanjangkan jodoh kami berdua. Aku cukup bahagia besama si dia & aku berharap jodoh kami akan berpanjangan buat selama2nya. InsyaAllah.



Sepanjang tempoh pertunangan aku ni, banyak benda yang aku belajar. Orang kata time bertunang ni, darah manis. Macam2 boleh jadi. Maklum la, sikit demi sikit perangai pasangan kita dah mula terserlah. Tapi, alhamdulillah, setakat ni xda lagi perangai si dia yang boleh mendatangkan marah aku. Kalo bergadoh pun, setakat gadoh2 manja je. hehe



Bagi aku, kunci untuk bahagia tu senang aje. Kita kena percaya & saling hormat menghormati antara 1 sama lain. InsyaAllah, semuanya akan jadi indah.  Aku percayakn si dia even kadang2 ada jugak la rasa macam curiga. Tipu la kan, kalo kata langsung xda rasa curiga. Tapi, curiga pun kena ada hadnya. Jangan semua benda pun nak curiga jugak. Xkan dia nak pergi jalan dengan mak pun, kita pikir dia jalan dengan perempuan lain. Lelaki ni kadang2, bila kita terlampau curiga & tuduh dia buat benda yang dia x buat, lama2 dia akan rasa meyampah & dia akan buat betul2. Percaya la. 



Selain percaya, kita pun kenalh hormat pasangan kita. Jangan main cakap lepas je. Aku hormatkan si dia even dia lebih muda dr aku. Dia yang akan menjadi suami & bapa kepada anak2 aku nanti, so aku kena belajar untuk hormat dia dari sekarang. Dia pun macam tu jugak. Percaya & hormatkan aku.

Bila dah amalkan semua tu, aku dapat rasakan perhubungan aku & si dia semakin hari semakin indah. Semoga kasih sayang & perasaan indah ini akan bersemi & mekar buat selama2nya.

Sayang, i love you so much.