Harapan MARYA Hanya Impian

Raya Datang Lagi

Views
Assalamualaikum

Tinggal beberapa hari lagi umat islam akan menyambut hari raya.  Tapi raya tahun ni aku rasa memang membosankan coz aku x dapat cuti & raya ke 3 aku terpaksa turun kerja.  Pekerja yang lain semua cuti..Aku pulak disuruh jaga office.  Memang menyedihkan. 

Baju raya pun belum ada lagi.  Hari sabtu lepas, kakak ipar aku tolong guntingkan kain untuk aku & aku akan jahit sendiri.  Aku kalo bab jahit menjahit masih bole lagi la, tapi kalo gunting kain, awal2 dah aku surrender. Haha. Bukan apa, takut salah gunting, sayang jugak kan.  

Ada jugak try cari baju yang dah siap, tapi disebabkan saiz badan aku yang sangat comel ni, tu yang susah sangat nak cari.  Jangan ingat orang badan besar aje yang susah cari saiz, badan kurus kering macam aku ni pun, susah jugak nak cari saiz tau. hehe

Akhirnya pencarian aku mendatangkan kekecewaan je.  Frust sangat bila x ada yang sesuai.  Ada yang cantik2, tapi saiz besar sangat pulak.  Last2, aku merajuk dengan diri sendiri & x nak beli baju raya lagi dah.  hahaha


Setahun Sudah

Views
Assalamualaikum.

Semalam, 3 Ogos, genap setahun usia perkenalan aku & encik tunang.  3 Ogos tahun lepas, dia add facebook aku & 3 Ogos tahun ni aku dah pun jadi tunangan dia.  Harap2, 3 Ogos tahun depan aku dah pun jadi isteri dia.  hehe.



Aku bersyukur kerana dipertemukan dengan dia.  Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.  Dia yang sentiasa berada disisi aku saat suka & duka, saat aku gembira, marah, sedih.  Sentiasa faham kehendak aku.  Tak pernah nak merungut.  Kalo dia marah sekalipun, dia lebih suka diam, then buat2 muka masam. haha.  So, kalo aku tengok dia diam & buat2 muka masam, aku tau la yang dia tengah marah.  Tapi marah dia tak lama mana pun.  Bawak bergurau senda kejap, ok la lepas tu.

Aku sayang dia sangat2 & aku berharap kasih sayang yang telah Allah anugerahkan ini akan tetap mekar buat selama2nya.  Semoga jodoh aku & encik tunang berpanjangan hingga ke akhir hayat.  InsyaAllah.


Suami Yang KuBenci

Views
Assalamualaikum

Semalam, lepas berbuka puasa kat Marrybrown, tunang aku pun ajak jalan2 tengok barang2 katanya.  Tapi masuk satu kedai ke satu kedai, satu apa pun dia x beli.  Aku aje yang dok membeli.  Haha.  Bila dah sampai depan kedai buku popular, tunang aku pun ajak masuk dalam.  Pelik jugak, selalunya x pernah pulak dia ajak masuk kedai buku.  Kalo kedai kasut, kedai baju, kedai basikal, kedai moto, haa, selalu la jugak.

Rupa2nya, dia nak belanja aku beli novel.  Hahaha.  Hari tu aku ada cakap kat dia, kalo dia dah gaji, belikan aku satu novel.  Lagipun novel yang dia bagi masa bertunang tu, baru habis baca.  Memang agak lama jugak aku nak habiskan semenjak aku dah semakin malas membaca ni. haha


SUAMI YANG KUBENCI


Tajuk dia macam best sangat2.  Tak sabar pulak nak baca.  Tapi bila dah balik keja, malas pulak rasanya.  Haha.  Harap2 hujung minggu nanti aku rajin la sikit nak membaca.