Harapan MARYA Hanya Impian

Kenangan Terindah

Views
Assalamualaikum


Tiba-tiba terjumpa gambar lama ni.  Gambar time aku convo kat PWTC tahun 2009.  3 tahun dah berlalu.  Tapi, rasa macam baru semalam gambar ni di ambil.  Time ni jugak, kali terakhir kami sekeluarga cuti bersama.  Kebetulan arwah abang masih study kat Aswara lagi time ni.

Sekarang, semua dah tinggal kenangan.  Kenangan terindah yang tak kan dapat aku lupakan sampai bila-bila.


Masih Lagi Aku Terasa....

Views
Assalamualaikum

Semalam, bila aku sampai di rumah, aku dengar sayup-sayup suara bapak membaca yasin.  Suara dia sayu sangat & ada sikit getaran.  Aku tau dia sedih.  Dia masih teringatkan arwah abang sampai ke hari ni.  Bukan bermakna dia tak dapat terima kenyataan, tapi, aku cukup faham apa yang bapak rasa.   Aku jugak macam bapak.  Perasaan sedih, rindu, semua ada.   



Bapak selalu cakap, arwah abanglah satu-satunya harapan dia.   Selama ni pun, arwah yang banyak tolong kami sekeluarga.   Arwah memang abang yang baik.  Tersangat baik pada keluarga.  Kadang-kadang dia lebih pentingkan keperluan keluarga dari diri dia sendiri.  Aku sebagai adik dia pun, dia tatang bagai minyak yang penuh.   Apa yang aku nak, apa yang aku mintak, tak pernah pun dia hampakan.  Sedaya upaya jugak akan dia tunaikan permintaan aku.



Sekarang bila abang dah tak ada, aku rasa macam sebelah sayapku patah.   Aku kesian tengok bapak.  Even dia tak rapat dengan arwah selama ni, tapi dialah orang yang cukup terasa dengan pemergian arwah.  Aku tau bapak sayang sangat kat arwah even dia tak pernah nak tunjukkan kasih sayang dia.  Benarlah kata orang, orang lelaki ni, memang susah nak tunjukkan kasih sayang.



Bila duduk sorang-sorang, bapak selalu belek-belek hanfon dia, tengok video arwah time arwah hantar bapak kat KLIA.  Time tu bapak nak pergi haji & arwah masih lagi study kat KL.  Itulah satu-satunya video kenangan bapak & arwah.   

Aku sedih tengok bapak sedih.  Aku nak tengok bapak happy macam dulu-dulu.  Tapi, sebagai bapak, memang dia cukup terasa dengan pemergian anak dia.  Satu-satunya harapan dia.  Maybe dia perlukan masa untuk tenangkan hati dia.  Memang selama ni aku tak pernah tengok bapak sedih.  Tapi, kali ni, memang bapak tak dapat nak sembunyikan kesedihan dia.  

Mak pulak, seorang wanita yang cukup kuat.   Dia tabah menghadapi setiap dugaan yang Allah berikan.   Tapi, disebalik ketabahan dia, hanya dia & Allah saja tau bagaimana sebenarnya perasaan dia setelah kehilangan anak yang dia sayang.   


Akulah satu-satunya adik arwah & sehingga ke hari ni wajah, senyuman, gelak ketawa & gurau senda arwah abang masih lagi aku terasa. 

Memang kami sekeluarga terasa dengan pemergian arwah abang.  Tapi, aku tau, Allah telah memberikan yang terbaik untuk kami.  Hanya Dia tau kenapa ni semua terjadi.  Dan aku yakin, akan ada sesuatu yang lebih indah selepas ini, andai kami sekeluarga tabah & redha dengan pemergian abang.

Ya Allah, setiap saat aku berdoa, semoga arwah abangku tenang disana.  Kau ringankanlah beban seksaannya & tempatkanlah dia dikalangan orang-orang yang beriman.   Amin.


Abang :'(

Views
Assalamualaikum

Hari ni chah nangis lagi bang.  Chah rindukan abang.  Rindukan senyuman abang, rindukan gurau senda abang, rindu nak bergaduh, nak share cerita dengan abang.  Chah rindukan semua tu bang.  Tiap hari chah ingatkan abang.  Tiap malam tido chah tak lena.  Chah terlalu rindukan abang.  Abang, chah tak kuat.  Chah lemah sangat.  Chah dah cuba lawan perasaan ni, tapi kadang2, susah sangat.  Bila tengok gambar abang, chah sedih.  

Ramai kawan2 chah bagi semangat & suruh chah sabar banyak2.  Memang chah dapat sabar.  Tapi tu semua kat depan dorang.  Bila sorang2, chah nangis.  Hidup chah kosong sangat2 tanpa abang.  Jiwa chah rasa terseksa.  Chah cuba dekatkan diri dengan Allah. Meminta Allah kuatkan hati & semangat chah.


Abang, mampukah chah memikul satu tanggungjawab yang berat ni?Tanggungjawab yang dulu abang yang pikul?Dulu, chah terlalu bergantung harap pada abang.  Bila tak ada duit, abang orang pertama yang chah cari.  Tapi abang tak pernah merungut.  Abang bagi jugak duit, walaupun abang sendiri tak berduit masa tu.  Bertapa besarnya pergorbananmu abang.  Segala keperluan di rumah, tak pernah sekali pun abang abaikan.

Sekarang, semua chah kena pikul sorang2.  Berat sangat bang.  Tak terpikul chah sebenarnya.  Tapi, bila mengenangkan mak & bapak, chah gagahkan juga diri ni.  Tak sangka sangat2, macam ni kisah hidup kita bang.  Tapi chah tau, Allah ada sesuatu untuk kita disuatu hari nanti & chah berharap sangat2 akan berjumpa abang lagi di syurga.  Chah akan cuba perbaiki diri chah untuk menuju ke syurga yang telah Allah janjikan itu & sentiasa mendoakan kesejahteraan abang disana.  Chah janji bang, sampai bila2 chah akan ingat abang.  Chah bersyukur Allah pinjamkan seorang abang yang cukup sempurna untuk chah walaupun hanya sekejap cuma.  

Ya Allah, berikanlah hambamu ini sedikit kekuatan untuk menghadapi liku2 kehidupan ini.

Peringatan Buat Yang Hidup

Views
Assalamualaikum

Pemergian abang sedikit sebanyak memberikan aku kesedaran.  Kesedaran tentang kehidupan yang sebenarnya.  Jika sebelum ni, aku agak lalai mengejar duniawi, hingga terlupa akan kehidupan duniawi hanya persinggahan sementara sebelum tibanya hari perhitungan.  

Aku gagal dalam kehidupan.  Terlalu jauh menyimpang dari landasan yang sebenarnya.  Sehinggalah aku di uji dengan pemergian abangku yang tersayang.  Disaat itu baru aku tersedar.  Tak selamanya kita akan kekal didunia.  Tiba masanya kita akan pergi juga.  Bila masanya, hanya Allah swt yang maha mengetahuinya.

*gambar hiasan*

Mungkin ini semua peringatan Allah untuk aku supaya jangan terlampau lalai dalam kehidupan ini.  Peringatan untuk menyedarkan aku tentang banyak pekara yang dah aku tinggalkan selama ni.  Aku banyak buat dosa ya Allah.

Tapi, aku bersyukur dengan ujian yang maha berat yang telah Allah turunkan buat aku.  Dari ujian itu, aku mula mengubah cara hidup aku.  Aku mula mendekatkan diri dengan Allah.  Bila aku terasa sedih, aku akan solat.  Dengan solat, hati aku jadi tenang.  Aku juga mula membaca al-Quran, yang telah bertahun-tahun aku tinggalkan.  Bertapa jahilnya aku ya Allah.

Memang benar, ada yang berkata, bila dah Allah turunkan ujian, baru nak sedar, baru nak bertaubat.  Ya, memang aku akui itu semua.  Kita sebagai manusia biasa, memang tak pernah lepas dari melakukan kesilapan dalam hidup.  Mungkin itu cara Allah untuk menyedarkan kita.  Tak salah kita mencuba untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Ya Allah, bimbimglah hambamu ini menuju ke jalan mu. 




Kehilangan

Views
17 hari dah abang pergi.  Setiap saat aku masih teringatkan abang.  Terlalu sukar sebenarnya aku nak terima semua ni.  Wlaupun aku tau, setiap yang bernyawa pasti akan mati, tapi, aku x menyangka sama sekali, abang akan pergi seawal ini.  Dalam usia 28 tahun.  Masih terlalu mentah.  Tapi, aku yakin Allah x kan menjadikan sesuatu tanpa sebab.  Hanya Dia yang mengetahui, kenapa seawal usia 28 tahun, abang dibawa kembali menghadapNya.  Aku memang sedih.  Terlalu sedih.  Setiap2 hari aku rindukan abang.  Setiap2 hari juga aku menangis.  Aku tau, ramai yang cakap, x baik menangisi orang yang telah pergi.  tapi aku manusia normal.  Yang punya hati & perasaan.  Bila perasaan rindu tiba2 datang & bila aku sedar abang dah x ada lagi di dunia ni, hati aku jadi sedih sangat.  Rasa bagai satu mimpi.  Mimpi yang tiada penghujung.





Hidup aku jadi kosong.  Aku rasa sunyi.  Aku rasa sakit.  Aku rasa nak menangis.  Aku rasa nak teriak.  Aku rasa nak lari.  Semua aku rasa di saat ni.  Tapi, bila depan mak & bapak, aku berlagak kuat.  Konon2 aku dapat terima semua ni.  Aku x mau mak & bapak sedih.  Terutamanya bapak.  Beberapa minggu sebelum arwah abang meninggal, dia sangat rapat dengan bapak.  Dia selalu duduk & cerita macam2 dengan bapak.   Sebelum ni, aku & arwah memang agak jarang bercakap dengan bapak.  Maybe disebabkan tu, bapak terasa sangat dengan pemergian arwah.





Aku selalu bermimpi berjumpa arwah abang.  Terasa dia masih ada lagi kat rumah.  Bila tengok barang2 dia, aku sedih.  Aku rasa nak menangis.  Aku x sanggup.  Aku lemah ya Allah.  Aku cuba untuk lebih kuat, tapi aku x berdaya.  Aku terlalu rindukan arwah abang.  Aku x bersedia kehilangan arwah.   Aku & arwah sangat2 rapat.  Bila dia dah x ada, hidup aku kosong sangat2.  Aku sedih ya Allah. 

Bila aku sorang2, aku asyik teringatkan arwah.  Teringat kenangan dulu2.  Terlalu banyak kenangan.  Dia satu2nya abang yang aku ada di muka bumi ni, tapi sekarang dia dah x ada.  Aku dah x ada abang ya Allah. Dalam sekelip mata abang tinggalkan aku.  

Ya Allah, kuatkanlah hati hambamu ini.  Berikanlah aku sedikit kekuatan untuk menghadapi ujianmu yang maha hebat ini. 

Al-fatihah buat arwah abang Omar Bin Abbas. :'(